Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Volkswagen Jalin Usaha Sama Dengan Dewan Perniagaan Malaysia-Jerman Anjur Persidangan


Print Email

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Volkswagen Group Malaysia menjalin usaha sama dengan Dewan Perniagaan Malaysia Jerman bagi menangani penyelesaian mobiliti lestari di Malaysia, menerusi persidangan pertama Mobiliti automotif Lestari Malaysia-Jerman 2011.
Dalam satu kenyataan hari ini, Volkswagen berkata persidangan itu akan menjadi platform bagi pembangunan teknologi semasa dan akan datang di Malaysia dan Jerman.

Persidangan itu juga akan meneroka model dan penyelesaian kerangka kerja kawal selia dan kaedah pelaksanaan di kedua-dua negara dalam pendekatan berasaskan dialog, katanya.

"Ia akan menghimpunkan pemegang kepentingan dalam pembangunan strategi, dasar, insentif, pentadbiran serta infrastruktur teknikal dan teknologi" katanya.

Pengarah Urusannya Ricky Tay berkata Volkswagen sentiasa berkongsi idea dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang lebih rendah dengan falsafah mengurangkan penggantian enjin menerusi teknologi seperti enjin TSI (suntikan terstrata cas turbo).

"Persidangan ini akan membolehkan kami membantu membincangkan sesuatu yang kami anggap sangat penting," katanya.

Persidangan itu juga merupakan sebahagian daripada kempen "Think Blue" Volkswagen yang dilaksanakan di lebih daripada 30 pasaran, dan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.


Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768