Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Najib Jangka Lebih Banyak Peluang Kerjasama Antara Sektor Swasta Malaysia, China


Print Email

NANNING, 22 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjangka lebih banyak peluang kerjasama diadakan antara sektor swasta Malaysia dan China apabila kedua-dua negara meneruskan pembangunan ekonomi masing-masing.

"China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, dengan mencatatkan 12 peratus perdagangan keseluruhan manakala Malaysia adalah rakan dagangan global ke-lapan terbesar China. Ia merupakan hubungan yang menjana perdagangan US$46 bilion pada tahun lepas."

"Jika dagangan terus menunjukkan corak seperti tempoh enam bulan pertama tahun ini, yang mencecah US$31 bilion, kita akan menyaksikan dagangan yang lebih besar berbanding perangkaan tahun lepas," katanya.

Najib berkata demikian pada dialog meja bulat dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat utama China, yang merupakan aktiviti khas Ekspo China-Asean pada tahun ini, bagi Malaysia sebagai Negara Kehormat.

Najib berkata hubungan itu yang semakin berkembang turut diperkasakan oleh peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI) China di Malaysia.

"Tahun lepas, ini berkembang 300 peratus untuk meningkat kepada US$208 juta. Sehingga Ogos tahun ini, angka itu meningkat kepada US$337 juta, yang merupakan peningkatan 62 peratus berbanding keseluruhan angka tahun lepas. Sambil pencapaian ini diambut baik dan menggalakkan, masih terdapat ruang bagi dilakukan peningkatan."

"Saya berharap China terus melihat Malaysia sebagai satu sumber pelaburan yang baik dan sebaliknya China akan menjadi sumber FDI yang penting, yang bukan sahaja di Malaysia malah juga di Asean," katanya.

Najib berkata Malaysia juga terus mengukuhkan ekonominya dan pertumbuhan tahun lepas mencecah 7.2 peratus manakala China terus mencecah ketinggian baharu."

"Ekoran penggunaan domestik yang kukuh, regim monetari yang diuruskan dengan baik dan aliran masuk FDI terus meningkat, saya berkeyakinan bahawa pertumbuhan tahun ini akan mencecah 5.0 peratus."

Najib berkata beliau telah memulakan pelbagai program bagi mentransformasi ekonomi Malaysia, dengan menaikkan status global negara ini dan menjadikan negara ini satu negara maju menjelang 2020.

"Melalui Program Transformasi Ekonomi sahaja, 131 projek bagi pelaburan berjumlah US$138 bilion, telah dikenal pasti. Kemajuan yang signifikan telah dicapai di mana 87 projek bernilai US$56.6 bilion sedang dilaksanakan."

"Kebanyakan projek itu akan menyaksikan pembangunan industri bernilai tinggi, yang termasuk minyak dan gas dan tenaga diperbaharui dan menawarkan peluang pelaburan yang besar kepada syarikat asing," katanya.

Najib berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia sedang berbincang dengan syarikat China mengenai banyak projek, yang termasuk di dalam sektor pertanian, perladangan, kimia, tenaga diperbaharui dan teknologi hijau dan sesetengah projek itu akan dimuktamadkan di dalam tempoh beberapa bulan akan datang.


Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768