Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Eco Palm Jangka Labur RM820 Juta Untuk Kilang Di Pahang


Print Email

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Eco Palm Paper Sdn Bhd, syarikat berasaskan kitar semula, menjangka melabur RM820 juta untuk membina kilang kertas beralur sebanyak tiga fasa di Pekan, Pahang.

Pengarah urusan, Larry Yong berkata syarikat berharap dapat menyaksikan pendapatan tahunan RM875 juta sebaik sahaja kilang itu siap sepenuhnya menjelang 2017.

"Fasa pertama kilang akan siap pada 2013 dan 50,000 tonne metrik kertas akan dihasilkan setiap tahun," kata Yong kepada pemberita sebelum majlis menandatangani kontrak dengan Jiangsu Jinwo Machinery Co Ltd di sini Selasa.

Berjaya Corp Bhd ialah pemegang saham utama Eco Palm.

Mengenai pasaran untuk kertas beralur, Yong berkata ia dijangka menunjukkan prestasi menggalakkan kerana ia merupakan segmen pasaran yang baru muncul dan terdapatnya permintaan yang besar untuk kertas buatan gentian sawit.

Beliau berkata antara pasaran-pasaran penting untuk kertas termasuklah Australia, Jepun dan Eropah, di mana syarat persekitaran dalam industri pembungkusan telah menjadi semakin ketat.

Berhubung kontrak dengan Jiangsu Jinwo, beliau berkata yang Eco Palm menandantangani kontrak bernilai RM65 juta untuk mereka mereka bentuk, menghasilkan dan menjayakan kilang kertas beralur itu.

Beliau juga berkata, sebaik siap, kilang itu mampu menaikkan profil Pekan sebagai pusat pengeluaran untuk kertas bebas pokok dan pada masa yang sama menyediakan peluang pekerjaan dan latihan untuk orang tempatan.

"Ia juga akan membantu mengurangkan penghakisan sumber asli dan pada masa yang sama menyediakan penyelesaian bersih untuk pelupusan produk sampingan minyak sawit memandangkan kira-kira 18 juta tonne metrik tandan buah kosong dihasilkan setiap tahun di Malaysia," tambah beliau.

Yong mewakili Eco Palm pada majlis itu hari ini sementara Jiangsu Jinwo oleh pengurus besarnya, Fan Ganghua.

Acara itu disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pengerusi Berjaya Corp Bhd, Tan Sri Vincent Tan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tan berkata keputusan untuk melabur dalam projek itu didorong oleh keperluan segera beralih daripada proses pengeluaran kertas secara tradisional yang menggunakan palpa berasaskan kayu.

"Antara isu penting yang dihadapi oleh industri palpa dan kertas global ialah kekurangan bekalan palpa berasaskan kayu dan ia turut memberikan kesan negatif kepada alam sekitar," katanya.


Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768