KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysian Biotechnology Corp (BiotechCorp) meneraju pengkomersilan sektor bioteknologi Malaysia menerusi beberapa siri memorandum persefahaman (MoU) untuk menjalin usaha sama.
Terbaharu ialah lima perjanjian usaha sama antara rakan bioteknologi tempatan dan antarabangsa di Konvensyen Antarabangsa BIO 2012 di Boston di Massachusetts yang bermula hari ini.
Ia termasuk usaha sama pertukaran peralatan bernilai RM1.65 bilion antara kerajaan negeri Terengganu, BiotechCorp, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan GEVO Inc bagi memudahkan pelaburan dalam Bio Polymer.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu kenyataan memuji BiotechCorp atas inisiatif berterusannya dalam menjalin usaha di peringkat dunia.
Ini lebih-lebih lagi dalam kedudukan ekonomi semasa yang penuh dengan perubahan dan cabaran unik.
Sumber: BERNAMA
|