Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

ECERDC tarik pelabur Arab Saudi


Print Email

Rabu Mei 12, 2010

MISI pelaburan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Arab Saudi bermatlamat menarik pelabur dalam industri minyak dan gas, khususnya dalam aktiviti hiliran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issace John berkata, pihaknya sudah mengenal pasti projek utama dari kelompok utama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang akan dipromosikan dalam kalangan pelabur Asia Barat.

“Kami berharap untuk memberi fokus kepada minyak dan gas dalam aktiviti hiliran dan pendidikan,” katanya di Riyadh, semalam.

Beliau berkata, majlis itu akan menganjurkan kira-kira 10 pertemuan perniagaan termasuk Dewan Perniagaan dan Industri Riyadh dan pelabur berpotensi berminat mengetahui lebih banyak mengenai ECER dan peluang ditawarkan. Riyadh adalah peringkat kedua misi berkenaan diketuai Penasihat Koridor Pembangunan Nasional dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Jeddah dan Riyadh, Arab Saudi.

Misi itu dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia, kedutaan Malaysia di UAE dan Arab Saudi, dengan penyertaan ECERDC, kerajaan negeri ECER dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).

Menurutnya, ECERDC akan bertindak sebagai satu pusat sehenti untuk mempercepatkan permohonan dan kelulusan serta menyediakan perkhidmatan kaunseling dan perundingan.

“ECER menawarkan satu pakej bersepadu kepada pelabur termasuk insentif fiskal dan bukan fiskal, sumber asli yang banyak, infrastruktur yang baik dan bersedia membekalkan modal insan,” katanya.

ECER yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing di Johor sedang menempatkan diri sebagai satu destinasi kompetitif global bagi pelabur.


Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768