Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Pahang Terima Pelaburan Asing RM2.08 Bilion Tahun Lepas


Print Email

KUANTAN, 23 Jan (Bernama) -- Pahang menerima pelaburan asing sebanyak RM2.08 bilion tahun lepas, iaitu satu peningkatan berbanding purata RM1.2 bilion pada tahun-tahun sebelum ini.
 
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pelaburan terbaru bernilai kira-kira RM100 juta dilakukan sebuah syarikat Singapura yang membina kilang membuat turbin angin di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat sini pada akhir tahun lepas.
 
"Pelaburan ini sekali gus menambah peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra sempena Tahun Baru Cina di Kampung Baru Sri Teruntum, di sini.
 
Mengenai isu berlainan, Adnan berkata kerajaan negeri bersetuju meningkatkan tempoh pajakan tanah bagi mereka yang memegang surat hak milik di bawah kategori pajakan 66 tahun kepada 99 tahun.
 
Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat exco bagi penduduk di seluruh negeri yang memohon memperbaharui surat hak milik tanah mereka.
 
"Kita buat keputusan ini kerana ada aduan dan pemberitahuan kepada saya ada lagi geran macam itu (66 tahun), saya ingatkan semua dah ada geran 99 tahun," katanya.
 
Sehubungan itu katanya, pemilik yang masih mempunyai surat hak milik di bawah kategori pajakan 66 tahun tersebut boleh membuat permohonan untuk dinaikkan kepada 99 tahun.
 
Sumber - BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768