Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

PM Lawat Universiti Malaysia Pahang Sabtu


Print Email

PEKAN, 11 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan, Sabtu bagi meninjau pembangunan universiti teknikal itu.
 
Dalam lawatan dari 11.30 pagi hingga 2 petang itu, Perdana Menteri turut dijadual melancarkan projek Green Tech UMP iaitu projek kitar semula minyak hitam terpakai menjadi minyak pelincir menggunakan teknologi pengekstrakan.
 
Naib Canselor UMP Prof Datuk Daing Nasir Ibrahim berkata lawatan tersebut bertujuan meninjau pembangunan UMP Pekan yang mula beroperasi pada 27 Julai 2009 dengan berpindahnya seramai 2,480 pelajar dan 263 staf dari kampus sementaranya di Gambang.
 
"Pada masa ini, 12 peratus daripada 259.81 hektar tanah milik universiti ini telah dibangunkan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
 
Beliau berkata pembangunan peringkat fasa 1A yang terdiri daripada bangunan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta pejabat pentadbiran, makmal, pusat pengajaran dan asrama telah siap dan diguna pakai.
 
Fasa 1B merangkumi pembangunan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, perpustakaan serta kolej kediaman pelajar dijangka siap pertengahan tahun ini, katanya.
 
Daing Nasir berkata pembangunan UMP Pekan memberi manfaat bukan hanya kepada pelajar malah penduduk setempat dengan membuka peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.
 
Selain itu, katanya kemudahan makmal universiti itu juga membantu industri di negeri-negeri Pantai Timur untuk menjalankan pengujian terhadap produk dan alatan industri menggunakan teknologi terkini dan mengikut standard antarabangsa.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768