Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

MAI, UMP Akan Keluarkan Jurutera Dalam Pelbagai Bidang Automotif


Print Email

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Institut Automotif Malaysia (MAI), satu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kini bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP), bagi mengeluarkan para jurutera di dalam pelbagai bidang automotif.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MAI Madani Sahari berkata kerjasama itu adalah selari dengan hala tuju institut itu untuk bekerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi bagi mengeluarkan lebih 5,600 jurutera automotif menjelang 2015.
 
Langkah itu akan meningkatklan daya saing industri automotif tempatan, katanya.
 
"MAI dan UMP akan bekerjasama membangunkan satu program apparentis automotif bagi manfaat industri itu," katanya semasa majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman antara MAI dan UMP di sini Selasa.
 
Katanya program itu akan menyaksikan siswazah kedua-dua kursus (Kejuruteraan Acuan dan Kejuruteraan Tera) bekerjasama bersama-sama jurutera di pengeluar peralatan asli atau vendor semasa latihan amali perindustrian masing-masing.
 
"Satu bahagian yang signifikan perkongsian ini ialah keupayaan UMP untuk menyediakan perkhidmatan ujian komponen yang kini tidak tersedia di dalam industri itu dan membangunkan teknologi komponen automotif bagi lebih 20 pembekal automotif," katanya.
 
Kerjasama MAI-UMP itu ditetapkan bagi mengeluarkan hasil di dalam banyak bidang yang akan menjadikan industri automotif Malaysia peneraju di dalam bidangnya.
 
Penerokaan itu akan menawarkan kemudahan pengujian yang termasuk analisis pengujian dan pelbagai perkhidmatan yang lain pada harga yang kompetitif.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768