Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Pulau Acheh Di Rompin Dibangunkan Untuk Pelancongan


Print Email

KUANTAN, 6 Mei (Bernama) -- Pulau Acheh di Rompin akan dibangunkan sebagai pusat peranginan berkonsepkan semula jadi.
 
Projek itu yang melibatkan hotel dan chalet bertaraf lima bintang selain kondominium serta marina di tanah seluas 20.23 hektar, akan dibangunkan oleh Plus Asia Jaya Sdn Bhd.
 
Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Loi Kong Yaw, berkata projek bernilai RM120 juta itu akan bermula Ogos ini dan dijangka siap dalam tempoh dua setengah tahun.
 
"Kita berharap dapat memulakan operasi setahun lebih awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Projek Pembangunan Pelancongan Pulau Acheh oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di sini pada Jumaat.
 
Loi berkata pembangunan pulau itu akan dilaksana secara mesra alam tanpa memusnahkan flora dan fauna di situ.
 
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain berkata, Pulau Acheh yang terletak satu kilometer dari Kampung Penyabong di Endau, Johor, akan menjadi destinasi pelancongan alternatif kepada Pulau Tioman.
 
Katanya, pembangunan pulau tersebut juga bakal menyediakan 350 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768