Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

ECERDC Sasar Tarik Pelaburan Timur Tengah


Print Email

KUALA LUMPUR 11 Mei - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan pelaburan RM2 bilion daripada negara-negara Timur Tengah menerusi penyertaan Mesyuarat Pelaburan Tahunan (AIM) dan beberapa program lain.
 
ECERDC menggunakan AIM yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 Mei lalu di Dubai Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk mempromosikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kalangan pelabur antarabangsa, khususnya dari negara-negara angggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
 
ECERDC turut memaparkan ruang pameran ECER di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai yang telah dirasmikan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Mohammed, Menteri Perdagangan Luar Negara UAE, Sheikha Lubna Khalid Al Qasimi dan Duta Malaysia ke UAE, Datuk Yahaya Abdul Jabbar semalam.
 
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John berkata, tarikan utama ECER terletak pada kekayaan sumber semulajadi serta kos tanah dan kos menjalankan perniagaan yang kompetitif.
 
Ia turut mempunyai potensi besar di dalam pembangunan hartanah dan kos sara hidup yang rendah.
 
Tambahnya, projek-projek yang diterajui oleh ECERDC adalah perkongsian awam-swasta yang unik, di mana kedua-duanya berkerjasama dalam melaksanakan projek-projek ekonomi.
 
"Projek-projek kami juga dilaksanakan bagi menerokai peluang dalam Kelompok Pertumbuhan Baru Halal bernilai AS$274 bilion (RM817.2 bilion) di seluruh dunia," kata Issace dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Projek-projek yang dirancang di ECER, yang antara lain meliputi Kelompok Industri Minyak Sawit, Kelompok Produk Herbal dan Bioteknologi, Taman Halal Gambang, Taman Halal Pasir Mas, Pelabuhan Kuantan, dan Taman Polimer Kertih, juga adalah saling berkaitan dan mampu menyokong kemampanan ekonomi wilayah ini.
 


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768