Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Pusat Teknologi Bio Herba TPM Jadi Kebanggaan Industri Herba Tempatan


Print Email

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Penyiapan fasa kedua Pusat Teknologi Bio Herba milik Technology Park Malaysia (TPM Biotech) Sdn Bhd yang bernilai RM35 juta di Raub, Pahang, dijangka menjana pembangunan dan pertumbuhan industri herba tempatan.
 
Dalam satu kenyataan Khamis, pengurus kanan TPM Biotech Fadzhairi Abd. Jabar berkata TPM Biotech kini boleh menjalankan semua peringkat pemprosesan dan pengeluaran herba, bermula dari penyelidikan dan pembangunan (R&D).
 
"Pusat ini unik dengan penggunaan teknologi canggih dan kebolehannya menawarkan pemprosesan dari operasi R&D kepada projek berskala perintis, daripada kepasiti pengeluaran 10-20kg sehingga pengeluaran satu tan metrik, katanya.
 
Fadzhairi berkata prospek industri herba kekal cerah terutamanya bagi perusahaan berskala kecil dan sederhana.
 
Industri herba tempatan dijangka meningkat pada purata 35 peratus setahun.
 
Indsutri herba Malaysia dianggarkan bernilai kira-kira RM8 bilion pada 2008/2009.
 
Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768