Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Malaysia Dapat Pelaburan Bioteknologi Perindustrian RM2 Bilion Dalam ECER


Print Email

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Malaysia mendapat satu pelaburan bioteknologi perindustrian RM2 bilion di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) melalui usaha sama syarikat dari Korea Selatan dan Perancis yang diumumkan Jumaat.

CJ Cheiljedang Corporation dari Korea Selatan dan Arkema SA dari Perancis hari ini mengumumkan penubuhan loji bio-metionina yang pertama di dunia dan platform tiokimia yang pertama di Asia di Zon Ekonomi Khas ECER (SEZ), Taman Polimer Kertih, Terengganu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyaksikan pengumuman itu, berkata projek itu dijangka menjana kesan limpahan yang signifikan dan menggalakkan aktiviti ekonomi baharu seperti penjanaan wap menggunakan sumber diperbaharui.

Najib berkata projek itu dijangka menjana kira-kira RM20 bilion di segi jualan kumulatif menjelang 2020 dan menyediakan peluang pekerjaan yang besar kepada hampir 500 pekerja berpengetahuan tempatan.

"Projek itu akan menjadi rangsangan yang signifikan kepada ECER dan khususnya SEZ itu," kata Najib pada majlis pengumuman antara CJ-Arkema, Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) dan Majlis Pembangunan ECER (ECERDC).

BiotechCorp dan ECERDC adalah pencadang utama projek itu.

CJ Cheiljedang adalah peneraju pengeluar produk berasaskan penapaian seperti asid amina makanan, monosodium glutamat dan nukleotida dengan mempunyai operasi pengeluaran dan perniagaan global di enam benua manakala Arkema adalah syarikat kimia global dan peneraju pengeluar kimia Perancis.

Loji pengeluaran 80,000 tan metrik bio-metionina dan platform tiokimia itu akan dibina di atas tapak seluas 70 hektar pada tahun depan dan akan beroperasi pada 2013.

Ini akan menjadi pencapaian bagi industri aditif makanan global kerana bagi pertama kalinya, pengeluaran bio-metionina akan menyatukan kedua-dua bioteknologi canggih dan kimia gunaan.

Bio-metionina adalah belerang asid amino yang banyak digunakan bagi makanan haiwan di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John berkata loji itu bernilai kira-kira US$400 juta.

Issace juga menyatakan bahawa ECERDC menyasarkan untuk menjana pelaburan tahunan kira-kira RM5 bilion.

"Bagi tahun ini, kami akan menerima pelaburan melebihi sasaran kami menjelang Oktober," katanya sambil menyatakan bahawa projek bernilai kira-kira RM20 bilion, daripada RM48 bilion yang diperolehi sehingga ini, telah dilaksanakan.

Sumber: BERNAMA


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768