Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Bahan Api Bio


Print Email

Industri Bahan Api Bio di Pahang

Bahan api bio, walaupun masih dianggap baru di rantau ini, telah mendapat perhatian ramai. Bahan api bio - bahan api cecair berasal dari bahan tumbuhan – sedang memasuki pasaran didorong oleh faktor-faktor seperti kenaikan harga minyak dan keperluan untuk meningkatkan jaminan tenaga.
 
Industri Yang Berkembang
Pahang memiliki salah satu ladang kelapa sawit terbesar di Pantai Timur berjumlah 2,416,004 tan atau 33% daripada jumlah pengeluaran minyak sawit mentah di Semenanjung Malaysia. Ini menjadikan Pahang pembekal sedia untuk bahan-bahan biomas industri bahan api bio. Industri bahan api bio mempunyai kelebihan dalam aspek ketersediaan minyak sawit dan kegiatan hiliran oleokimia serta bahan-bahan mentah lain untuk menghasilkan biodiesel.
 
Lokasi Strategik
Selain dari itu, Pelabuhan Kuantan menawarkan kemudahan infrastruktur dan penyimpanan kimia yang sangat baik yang menjadikan Pahang satu lokasi strategik untuk membina loji bahan api bio. Beberapa pembekal kimia berkaitan bahan api bio yang berhampiran adalah seperti  metanol oleh Dovechem dan Petronas. Kedua-dua Kawasan Perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan menawarkan kemudahan yang tersedia seperti kemudahan rak paip, ladang tangki, dermaga minyak sawit dan dermaga kimia cecair khas juga melengkapkan keseluruhan kemudahan untuk mempromosi pertumbuhan aktiviti bahan api bio di negeri ini.
 
Sokongan Kerajaan
Persekitaran politik Malaysia yang stabil ditambah dengan pelbagai sokongan Kerajaan dalam bentuk insentif-insentif cukai dan dasar-dasar mesra perniagaan menawarkan pelabur-pelabur bahan api bio lokasi terbaik untuk memperkembangkan perniagaan mereka. Dasar “karpet merah” dan “memimpin tangan” oleh Pahang kepada pelabur-pelabur ke negeri ini telah terbukti berjaya membuat negeri ini hab bahan api bio utama.


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768