Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Minyak dan Gas


Print Email

Industri Minyak dan Gas di Pahang

Industri minyak dan gas di anggap sebagai tunjang utama rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ianya adalah penggerak utama yang memacu pertumbuhan kegiatan ekonomi di wilayah ini.

Rizab Minyak dan Gas Malaysia
Malaysia dikurniakan dengan kedua-dua sumber tenaga konvensional (tidak diperbaharui) dan tidak konvensional (diperbaharui). Sumber tenaga tidak diperbaharui terbesar ditemui di Malaysia adalah petroleum (iaitu minyak dan gas) yang sedang dengan giat dicari gali. Pengeluaran minyak dalam Malaysia berlaku di luar pesisir pantai dan terutamanya berhampiran Semenanjung Malaysia. Kebanyakan dari lapangan minyak negara mengandungi sulfur rendah, minyak mentah berkualiti tinggi.

Kluster Minyak dan Gas
Di Pahang, industri minyak dan gas berkelompok di Kawasan Perindustrian Gebeng dan Kawasan Perindustrian Minyak & Gas dan Logistik Tanjong Agas. Kedua-dua kawasan perindustrian ini terletak berhampiran kegiatan punca cari gali minyak dan gas. Kerajaan telah memperuntukkan sekitar RM70 bilion untuk membangunkan loji-loji, kemudahan pelabuhan khusus serta juga pelbagai kemudahan komunikasi dan sokongan lain untuk memastikan kecekapan kegiatan minyak dan gas di negara ini. Kedua-dua kawasan perindustrian ini dirancang dan tersusun dengan baik, dan berupaya memenuhi keperluan khusus kegiatan ekonomi.

Dalam rangka untuk meningkatkan lagi kegiatan industri minyak dan gas, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sekitar RM150 juta dalam Rancangan Malaysia ke 10 untuk memperbaiki prasarana asas di Pahang seperti menaik taraf sistem jalan, pembesaran pelabuhan Kuantan dan bandar sekitar pelabuhan. Dengan semua kemudahan utama dan prasarana yang tersedia di kawasan ini, Pahang bersedia untuk menyambut pelabur ke kluster minyak dan gas ini.

Maklumat tambahan berkaitan Kawasan Perindustrian Minyak & Gas:


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768