Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Produk Berasaskan Kayu


Print Email

Industri Perabot Kayu di Pahang

Industri berasaskan kayu di Pahang kebanyakannya tertumpu pada industri perabut kayu getah. Terdapat lebih kurang 100,000 hektar tanah di Pahang yang telah dikenal pasti untuk penanaman getah.

Bekalan Bahan Mentah Tersedia
Dalam usaha untuk mendorong pertumbuhan industri berasaskan kayu di Pahang, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kawasan-kawasan tanah yang mencukupi untuk bekalan sumber kayu yang sesuai melalui pembukaan ladang hutan kayu getah. Untuk tujuan ini, Kawasan Perindustrian Temerloh telah ditubuhkan untuk menumpukan kepada produk berasaskan kayu terutamanya perabut kayu getah.

Kemudahan dan Infrastruktur 
Industri produk berasaskan kayu mempunyai bekalan pekerja mahir tersedia yang sedang dilatih di pelbagai institusi tempatan iaitu sekitar 13,000 orang. Dengan prasarana dan kemudahan yang berstruktur di dalam pelan induk, ia telah mula menarik pengeluar perabut tempatan dan asing untuk melabur dengan mendirikan kilang-kilang mereka. Kawasan perindustrian tersebut mempunyai kemudahan berikut:
  • Kilang perabut
  • Sokongan bekalan industri
  • Pusat merekabentuk
  • Kemudahan kualiti dan pengujian
  • Pusat latihan
  • Pusat penyelidikan dan pembangunan
  • Tempat pameran

Insentif Kerajaan
Kerajaan Malaysia secara berterusan berusaha untuk menggalakkan industri tempatan dan pelabur-pelabur asing melabur di dalam pembangunan produk berasaskan kayu. Salah satu insentif ke arah matlamat ini ialah insentif pelaburan semula untuk industri berasaskan sumber asli yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang sekurang-kurangnya 51% milik rakyat Malaysia dalam industri berasaskan sumber asli termasuk industri berasaskan kayu yang berpotensi untuk dieksport. 

Untuk maklumat lanjut sila layari MIDA.


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768