Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Insentif Tambahan untuk Sektor Pengilangan


Print Email

Elaun Pelaburan Semula

Umumnya, elaun pelaburan semula (Reinvestment Allowance - RA) diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam perkilangan*, dan aktiviti pertanian terpilih yang melabur semula untuk tujuan membesarkan, mengautomasi, pemodenan atau kepelbagaian perniagaan yang sedia ada kepada mana-mana produk berkaitan dalam industri sama dengan syarat yang syarikat tersebut telah beroperasi untuk sekurang-kurangnya 12 bulan. Syarat ini telah disemak untuk sekurang-kurangnya 36 bulan, berkuatkuasa dari tahun taksiran 2009.

RA ini diberikan pada kadar 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi syarikat, dan boleh diofsetkan dengan 70% pendapatan berkanun bagi tahun taksiran.  Mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Sebuah syarikat boleh mengofsetkan RA ini dengan 100% pendapatan berkanun bagi tahun taksiran sekiranya:

  1. Syarikat menjalankan projek pelaburan semula di kawasan-kawasan digalakkan (sebagai contoh Pahang termasuk dalam Koridor Timur); atau
  2. Syarikat mencapai tahap produktiviti melebihi yang ditetapkan Kementerian Kewangan.

Nota: Untuk butir-butir lanjut mengenai tahap produktiviti yang ditetapkan bagi setiap sub-sektor, sila hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

RA ini akan diberikan untuk tempoh 15 tahun berturut-turut bermula dari tahun pertama pelaburan semula dikeluarkan. Syarikat-syarikat hanya boleh membuat tuntutan RA ini setelah projek yang layak siap; iaitu setelah bangunan siap atau apabila loji/jentera telah beroperasi. Berkuatkuasa dari tahun taksiran 2009, sebuah syarikat yang bercadang untuk melabur semula sebelum tamat tempoh Taraf Perintisnya boleh menyerahbalik Taraf Perintis itu untuk pembatalan dan layak untuk mendapatkan RA.

Aset-aset yang diperolehi untuk pelaburan semula ini tidak boleh dilupuskan dalam tempoh dua tahun dari masa pelaburan semula dan berkuatkuasa dari tahun taksiran 2009 peruntukan ini dilanjutkan untuk 5 tahun.

Syarikat yang bercadang untuk melabur semula sebelum tamat tempoh Taraf Perintisnya boleh menyerahbalik Taraf Perintis itu untuk pembatalan dan layak untuk mendapatkan RA.

Permohonan untuk RA hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), manakala permohonan untuk menyerahbalik Taraf Perintis untuk RA hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Elaun Modal Dipercepatkan

Selepas tempoh 15 tahun layak untuk RA, syarikat-syarikat yang melabur semula dalam pengilangan produk-produk digalakkan layak memohon Elaun Modal Dipercepatkan (ACA – Accelerated Capital Allowance).  ACA ke atas perbelanjaan ini hendaklah digunakan dalam 3 tahun, iaitu elaun permulaan sebanyak 40% dan elaun tahunan sebanyak 20%.

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan disertakan surat sokongan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang mengesahkan syarikat mengeluarkan produk-produk digalakkan.

EKS adalah layak untuk insentif berikut:

1 ACA pada perbelanjaan tanggung oleh kilang dan mesin diperolehi dalam tahun taksiran 2009 dan 2010. Elaun ini akan dituntut dalam masa 1 tahun yang mana dalam tahun taksiran aset diperolehi sepenuhnya. Insentif ini berkuatkuasa untuk tahun taksiran 2009 dan 2010; dan
2 EKS adalah tidak tertakluk kepada had minimum RM10,000 untuk elaun modal pada aset-aset nilai kecil. Insentif ini berkuatkuasa dari tahun taksiran 2009.Permohonan untuk ACA hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Elaun Modal Dipercepatkan ke atas Kelengkapan untuk Mengekal Kualiti Bekalan Tenaga

Untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan disebabkan gangguan bekalan tenaga, syarikat-syarikat yang menanggung perbelanjaan-perbelanjaan modal ke ke atas kelengkapan untuk memastikan kualiti bekalan tanaga, layak untuk Elaun Modal Dipercepatkan untuk tempoh 2 tahun yang mana membolehkan syarikat-syarikat untuk mehapuskan perbelanjaan modal dalam 2 tahun, iaitu satu elaun permulaan 20% dan satu elaun tahunan 80%.

Hanya kelengkapan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan layak untuk Elaun Modal Dipercepatkan. Permohonan untuk hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Pengecualian Cukai ke atas Nilai Pertambahan Eksport

Untuk menggalakkan eksport, syarikat-syarikat perkilangan di Malaysia layak untuk:
 

1 Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang kesetaraan dengan 10% nilai pertambahan eksport, dengan syarat produk-produk yang dieksport mencapai nilai ditambah sekurang-kurangnya 30%; atau
2 Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang kesetaraan dengan 15% nilai pertambahan eksport, dengan syarat produk-produk dieksport mencapai sekurang-kurangnya 50% nilai ditambah.


Untuk menggalakkan lagi eksport produk-produk Malaysia, sebuah syarikat perkilangan milik tempatan dengan ekuiti sekurang-kurangnya 60% layak untuk:
 

1 Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang kesetaraan dengan 30% nilai pertambahan eksport, dengan syarat syarikat mencapai pertambahan eksport yang ketara;
2 Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang kesetaraan dengan 50% nilai pertambahan eksport, dengan syarat syarikat berjaya menembusi pasaran-pasaran baru;
3 Pengecualian penuh ke atas nilai pertambahan eksport, dengan syarat syarikat mencapai pertambahan eksport tertinggi dalam kategorinya.


Tuntutan-tuntutan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),

Potongan Berganda untuk Belanja bagi mendapatkan Sijil “Halal” dan Sijil Sistem Kualiti dan Piawaian
Untuk meningkatkan daya persaingan syarikat-syarikat Malaysia di pasaran global bagi produk “halal”  termasuk makanan “halal”, potongan berganda akan diberikan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan belanja untuk:

A Sijil sistem kualiti dan piawaian serta sijil “halal” daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
B Sijil sistem kualiti dan piawaian antarabangsa


Tuntutan-tuntutan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768