Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Insentif Modul Komponen Automotif dan Sistem


Print Email

Syarikat-syarikat baru dan sedia ada yang menjalankan kerja reka bentuk, R&D dan pengeluaran modul-modul atau sistem-sistem komponen automotif yang memenuhi syarat adalah layak untuk:

1 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau
2 Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam masa 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan.  Elaun ini boleh diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.  Mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.


Modul atau sistem yang layak adalah modul penjuru depan, modul penjuru belakang, modul panel instrumen, topang dan penyerap dan modul pemasangan sepering, modul bamper, modul anggota silang, modul pintu fungsi bersepadu, modul tangki minyak, modul tempat duduk, modul injak, modul perapian pintu, modul konsol lantai, modul tayar dan roda, sistem brek, sistem pengelap cermin, sistem beg angin, sistem ekzos, sistem audio, sistem penghawa dingin pengudaraan pemanas, sistem pengedaran kuasa dan isyarat, sistem penggera, sistem tali pinggang keledar, sistem lampu luar, modul badan berwarna putih, sistem pengurusan enjin, sistem keselamatan, telematik, sistem navigasi, sistem pencucukan bahan bakar enjin, dan sistem kecerdasan kenderaan.

Permohonan-permohonan untuk Taraf Perintis hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
 


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768