Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Insentif Elaun Cukai Pelaburan (ITA)


Print Email

Elaun Cukai Pelaburan (ITA) adalah salah satu insentif cukai utama bagi syarikat yang melaburan di sektor perkilangan. Kelayakan untuk ITA adalah berasaskan keutamaan-keutamaan tertentu termasuk tahap tokokan nilai, teknologi digunakan dan hubungan-hubungan perindustrian

Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, sebuah syarikat boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (ITA –Investment Tax Allowance).  Syarikat yang diberikan ITA mendapat elaun 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak (seperti kilang, loji, jentera dan kelengkapan-kelengkapan lain yang digunakan untuk projek diluluskan) ditanggungi dalam 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan.

Syarikat boleh mengofsetkan elaun ini dengan 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.  Mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun berikutnya sehingga  digunakan sepenuhnya.  Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya akan dicukai pada kadar

Untuk pelaburan di Pahang iaitu sebahagian daripada “Koridor Timur”, permohonan-permohonan yang diterima daripada syarkat-syarikat akan menikmati elaun 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam tempoh 5 tahun.  Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanunnya untuk setiap tahun taksiran.  Permohonan yang diterima sebelum 31 Disember 2010 layak untuk insentif ini.

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768