Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Insentif untuk Syarikat Kecil dan Sederhana


Print Email

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana dengan modal berbayar RM2.5 juta ke bawah layak mendapat 20% pengurangan cukai syarikat ke atas pendapatan bercukai setakat RM500,000.  Kadar cukai ke atas baki pendapatan bercukai kekal pada 26%.

Syarikat-syarikat perkilangan saiz kecil yang diperbadankan di Malaysia dengan dana pemegang-pemegang saham tidak melebihi RM500,000 dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti warga Malaysia layak untuk insentif berikut:

1 Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun. Modal elaun tidak diserap serta pengiraan kerugian-kerugian ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan syarikat selepas perintis; atau
2 Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% (100% untuk kawasan-kawasan digalakkan) ke atas perbelanjaan modal yang layak ditanggungi dalam tempoh 5 tahun.  Elaun ini boleh digunakan untuk diofsetkan dengan 100% pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Setiap faedah yang belum digunakan boleh dilakukan ke depan untuk tahun-tahun berikutnya sehingga dimanfaatkan sepenuhnya.


Sebuah pemilikan tunggal atau perkongsian layak untuk memohon insentif ini dengan syarat sebuah syarikat sendirian berhad /syarikat berhad baru ditubuhkan untuk mengambilalih pengeluaran/aktiviti yang sedia ada.

Untuk layak mendapatkan insentif ini, sebuah syarikat kecil hendaklah memenuhi salah satu kriteria berikut:   

1 Nilai ditambah mestilah sekurang-kurangnya 15%; atau
2 Projek menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk luar bandar.


Syarikat hendaklah menjalankan pengilangan produk atau menyertai aktiviti yang disenaraikan sebagai produk dan aktiviti yang digalakkan untuk syarikat-syarikat kecil

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sila lihat: Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan untuk Syarikat Kecil (PDF: 56kb)


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768