Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Membeli-belah dan Hiburan


Print Email

Pusat membeli-belah di Kuantan  mempunyai lebih pilihan dan kepelbagaian barangan dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Pantai Timur Malaysia dengan trend dan fesyen terkini. Walau bagaimanapun, jika anda ingin merasai pengalaman membeli barangan tempatan, membeli-belah di pasar malam dan pusat kraftangan mungkin sesuatu yang menyeronokkan.

Jika anda ingin merasai hiburan yang sebenar, Genting Highlands menawarkan taman tema, arked membeli -belah, restoran, pertunjukan secara langsung bertaraf dunia dan konsert untuk keseronokan seisi keluarga.

Berjaya Megamall
Berjaya Megamall di Kuantan mempunyai ruang kedai berkeluasan 2 juta kaki persegi yang menawarkan produk berjenama seperti Vincci, Bonia, Body Shop dan banyak lagi. Pusat membeli-belah ini diterajui oleh Parkson Grand. Terdapat juga bank, klinik dan pusat-pusat kecantikan serta restoran. Berjaya Megamall juga menawarkan pusat hiburan (GCS Cineplex dan pusat bowling) serta medan selera.

Disamping itu, Berjaya Megamall adalah tempat rangkaian pasaraya besar Tesco dimana barang kegunaan rumah, runcit dan makanan boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.

Kuantan Parade
Mempunyai ruang perniagaan seluas 110,000 kaki persegi serta 700 ruang letak kereta, Kuantan Parade  yang terletak di Jalan Haji Abdul Rahman menyediakan pengalaman membeli-belah yang menarik dengan pelbagai pilihan makanan, hiburan, fesyen, perkhidmatan, barang keperluan rumah, aksesori dan banyak lagi. Selain diduduki oleh kedai-kedai kecil, Kuantan Parade diterajui oleh pusat barangan tempatan – The Store.
                   
East Coast Mall
East Coast Mall ialah pusat membeli –belah terkini di bandar Kuantan.  Kompleks komersil moden lima tingkat ini terletak  di Jalan Putra Square 6, Putra Square, Kuantan. Parkson Grand dan Carrefour  merupakan teraju utama kompleks ini yang masing-masing terletak di bahagian sayap kiri dan kanan bangunan ini.

Pusat Jualan Runcit
Selain daripada pusat membeli-belah, di Kuantan juga terdapat penjual runcit seperti Pasar Borong Mydin, The Store, Pasaraya Besar Giant dan pusat tekstil Kamdar. Pusat jualan runcit ini menawarkan produk dan barangan berkualiti pada harga yang menarik.
 
Pasar Malam
Untuk membeli-belah secara kasual, terdapat pasar malam di beberapa kawasan bandar dimana anda boleh beli produk segar seperti ayam, daging, ikan dan makanan laut, barangan runcit serta barang kegunaan rumah dari gerai yang didirikan di sepanjang jalan. Malahan anda boleh juga membeli kasut, pakaian dan juga tekstil. Di tempat seperti ini anda boleh tawar-menawar untuk mendapatkan potongan harga. Tarikan utama pasar malam adalah jualan juadah tempatan yang sedap dan murah.

Salah satu pasar malam yang terkenal di Kuantan ialah di Jalan Gambut, terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Anda boleh berjalan kaki di malam minggu untuk merasai suasana pasar malam. Ia biasanya bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir hingga pukul 10 malam.

Terdapat juga pasar tani dan pasar minggu yang menjual buah-buahan segar, sayur-sayuran, ikan, makanan laut, barang runcit serta keperluan rumah dengan harga yang agak murah.

Pusat Kraftangan
Jika anda berminat untuk membeli cenderamata, Pusat Kraftangan di Teluk Chempedak menawarkan produk kraftangan dari merata negeri. Terdapat barangan rumah yang diperbuat daripada daun pandan yang dianyam halus, ukiran kayu, kraf kulit siput, broked emas dan perak yang cantik yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Disamping itu, batik iaitu fabrik bercetak lilin dengan berbagai corak menarik, ada dijual yang tentu sekali anda tidak akan keberatan untuk membelinya. Terdapat banyak lagi pusat kraftangan di Cherating dan Sungai Karang.
 


Bookmark and Share
  • berjaya mall, kuantan, pahang
  • inside berjaya mall, kuantan, pahang
  • nite market
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768