Syarikat Pilihan
Asturi Metal Builders (M) Sdn Bhd
Asturi Metal Builders (M) Sdn Bhd (Asturi Metal Builders) beroperasi dari kilangnya di Kawasan Perindustrian Gebeng mengkhusus dalam pembuatan peralatan memproses minyak dan gas; petrokimia dan industri tenaga. Syarikat ini telah memenangi banyak anugerah dan pengiktirafan daripada industri termasuklah Anugerah Kecemerlangan Industri 2008 (Industry Excellence Award 2008) untuk kategori Anugerah Pengurusan Kualiti (MITI) (Quality Mangament Award), Pembekal Terbaik (Best Vendor) dalam Pembaikan Berterusan 2008 (Continuous Improvement 2008) oleh Petronas, Anugerah Persekitaran Piawaian Kebangsaan (5S) 2008 (National Quality Environment (5S)) oleh MPC dan Anugerah Kualiti Menteri Besar 2007 (Chief Minister Award 2007) oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Kilang ini menyediakan lebih daripada 300 peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan. Bermula dengan sebuah bangunan kecil pada tahun 1996, kini ia telah berkembang menjadi 14 buah bangunan dengan jumlah modal berbayar sehingga kini sebanyak RM20 juta. Kilang ini mengamalkan sistem kualiti bersepadu yang membolehkan ia berdiri setaraf dengan kilang antarabangsa yang lain di Gebeng dan di mana-mana sahaja. Pendapatannya dari Kawasan Perindustrian Gebeng sahaja menjana lebih kurang RM10 juta setahun.
Mengapa memilih Pahang?
“Pertamanya, kerana saya dilahirkan di Pahang,” kata Dato’ Sri Shariff Shamsuddin Pengarah Urusan Asturi Metal Builders dengan senyuman. “Kedua, Pahang menawarkan harga yang bersaingan dari segi kos infrastrukturnya – terutamanya dari segi perolehan tanah, bekalan air, pembinaan bangunan dan tenaga buruh yang kos efektif dibandingkan dengan tempat-tempat lain".
Di samping itu, Pahang sudah mempunyai segala yang diingini oleh pengilang- sistem komunikasi yang baik, lebuh raya yang bagus, lapangan terbang serta pelabuhan laut dalam yang boleh memenuhi keperluan pengilang. Tambahan lagi, rangkaian industri yang tersedia di sini telah jauh bertambah baik dan bertindak sebagai faktor yang menjadi sebab menyatukan industri di sini.
Yang terakhir, sokongan dari pihak berkuasa tempatan untuk pengilang tempatan membolehkan kebenaran dan sepersetujuan membeli tanah dilakukan dalam waktu yang sangat singkat.
Bagaimana syarikat anda memulakan operasi di Gebeng?
Kami bermula pada tahun 1996 dengan hanya 14 orang pekerja. Memandangkan kami terlibat di dalam industri minyak dan gas, dan Kerajaan Negeri Pahang telah menjadikan Gebeng sebagai pusat untuk industri minyak dan gas, kami melihat peluang untuk menyediakan perkhidmatan kepada kilang-kilang besar sebagai pembekal sokongan. Sejak itu kami telah mengeluarkan produk seperti Pressure dan Non-Pressure Vessels, Heat Exchangers, dan Process Skids.
Bagaimana PKNP membantu Asturi Metal Builders?
PKNP telah membantu kami dengan cara saya boleh sifatkan sebagai tiga dimensi. Dimensi 1 - di peringkat awal Gebeng, PKNP memberi tumpuan terhadap pengilang besar, pengilang antarabangsa untuk menduduki kawasan perindustrian ini. Dengan terbinanya pengilang antarabangsa di sini, ia telah membuka peluang kepada pengilang tempatan untuk menyertai mereka sebagai pengilang sokongan. Maka untuk dimensi 2 – pembukaan kawasan tersebut kepada pengilang tempatan membolehkan kami menjadi sebahagian daripada industri tersebut di sini.
Sementara itu, dimensi 3, yang saya gelar sebagai “shift of dimension”, PKNP mula memberi tumpuan kepada semua saiz – pengilang besar, sederhana dan kecil.
PKNP telah membolehkan pengilang kecil dan sederhana membeli tanah bagi memulakan perniagaan mereka dan peluang ini tidak boleh didapati di mana-mana. Pertukaran dimensi ini telah membolehkan PKNP mengawal harga tanah di Gebeng – tiada spekulasi bagi harga tanah - lantas memastikan harga tanah kekal di kadar terkawal setiap masa. Ini membantu pengilang kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan di sini.
Bagaimana pelaburan di Gebeng membantu Asturi Metal builders menjadi lebih berjaya?
Sejak penubuhan kami pada tahun 1996 dengan modal berbayar RM1 juta, hari ini kami telah menaikkan nilai tersebut kepada RM20 juta. Hanya dengan satu bangunan, kami telah menambah lagi bangunan – 14 bangunan baru kesemuanya. Dari segi tenaga kerja, kami bermula dengan 14 orang pekerja dan sekarang mempunyai lebih daripada 300 orang pekerja.
Dari segi pembangunan produk, kami telah meningkat dari produk kecil dan biasa ke produk yang lebih besar dan produk nilai tambah. Hari ini kami memberi perkhidmatan untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa seperti Shell, Esso, Lurgy, Foster Wheeler, dan beberapa syarikat lagi. Dan disebabkan perubahan dimensi pelanggan – daripada tempatan kepada antarabangsa, kami telah banyak mengubah kualiti produk kami dengan mengamalkan kualiti sistem bersepadu untuk memenuhi syarat piawai antarabangsa, yang untuk jangka masa panjang telah memberi banyak manfaat kepada syarikat dan pelanggan.
Beginilah caranya bagaimana pelaburan di Gebeng telah menukar perniagaan kami menjadi berjaya.