Skip links

CS Wind Sdn Bhd

Syarikat Pilihan

CS Wind Sdn Bhd

CS Wind Sdn Bhd (CS Wind), pembuat menara angin milik bersama pelabur persendirian dari Malaysia dan Singapura serta beberapa pelabur asing yang lain, berhasrat untuk melabur didalam loji pengilangan yang baharu di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kilang baharu tersebut akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 800 menara angin setahun untuk pasaran antarabangsa.

Apabila ia siap dibangunkan, kilang yang terletak di tanah seluas 21.8 hektar (53.96 ekar) akan mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan menara, bebibir ( flange) dan struktur nasel (nacelle structures).

Kilang tersebut juga bakal menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan tidak termasuk kerja perundingan dan kontrak. Ia juga akan menyediakan satu landasan bagi permulaan perusahaan kecil dan sederhana (EKS) untuk melabur di dalam tenaga boleh diperbaharui secara perikatan strategik atau pempelbagaian. Kilang tersebut dijadualkan beroperasi pada pertengahan tahun 2010 dan dijangkakan memulakan pengeluaran pertamanya pada suku pertama 2011.

Mengapa Malaysia?

Mengapa tidak? “Malaysia mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan China, tiada bezanya jika anda mendirikan kilang sama ada di Malaysia atau di China. Jika anda mendirikan kilang di Malaysia, anda masih boleh membuat penghantaran ke China secara bebas cukai; dan dari Malaysia ke negara ASEAN yang lain juga bebas cukai,” jelas Ketua Eksekutif CS Wind, En. Joseph Lim. Beliau juga menambah bahawa lebih mudah untuk membuat penghantaran ke Amerika dan Eropah jika mendirikan kilang di Malaysia.

Mengapa memilih Pahang?

Kami memilih Pahang berdasarkan beberapa sebab. Yang utama sekali ialah kerana kemudahan yang ditawarkan oleh tempat ini dari segi infrastrukturnya yang mantap dan pelabuhan laut dalam yang efisien, sekali gus mewujudkan suasana perniagaan yang baik. Satu lagi sebab ialah terdapat banyak pekerja mahir dan berpengetahuan di sini terutamanya di dalam industri ini yang selari dengan konsep CS Wind untuk menggaji pekerja tempatan seramai yang boleh untuk mengoptimumkan kos.

Satu lagi sebab yang ketara kenapa kami memilih lokasi ini berbanding dengan lokasi industri yang lain di Malaysia ialah kerana insentif yang banyak yang disediakan oleh Kerajaan sama ada dari segi galakan cukai, manfaat taraf perintis dan banyak lagi.

Bagaimana PKNP membantu CS Wind?

Apabila CS Wind mula-mula sampai di Pahang, PKNP telah membantu kami dalam keadaan apa pun dengan menunjuk ajar setiap langkah yang perlu untuk menyiapkan kertas kerja. Dan mereka melakukannya dalam masa yang singkat dan kami mampu menyediakan pejabat kami untuk beroperasi lebih awal dari yang kebiasaannya.

Bertindak sebagai agensi sehenti yang profesional, PKNP telah membantu CS Wind untuk mengisi borang yang betul seperti yang diminta oleh pihak berkuasa tempatan seperti Pejabat Tanah, kemudahan bekalan tenaga seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) untuk talian telefon dan faksimile, Jabatan Bekalan Air Pahang untuk bekalan air dan banyak lagi. Bantuan sebegini telah menjimatkan masa CS Wind untuk melengkapkan borang yang betul untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan tertentu. Lebih mengejutkan, PKNP masih lagi membantu kami dari masa ke semasa walaupun kami telah beroperasi - mereka memanggilnya sebagai “khidmat lepas jualan”.

CS Wind Sdn Bhd
Lot 128, Jalan Gebeng 2/1
Kawasan Perindustrian Gebeng
26080 Kuantan
Contact Person: Mr. Sundara Moorthy Varadhan, General Manager
Tel:09-5833668.
Fax:09-5833778.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content