Peluang
Sel Stem
Teknologi di dunia kesihatan telah berkembang dengan pesat menyebabkan beberapa kaedah penyembuhan berdasarkan teknologi tinggi muncul. Satu kaedah penyembuhan yang telah menarik perhatian ialah pemindahan sel stem.
Kemudahan Sel Stem Terbesar Di Dunia
Industri bioteknologi di Pahang dibawa ke tahap baru apabila sebuah syarikat berpusat di Amerika - Bio Cellular Research Organisation (BCRO) menubuhkan operasinya di negeri ini. Syarikat ini bersedia untuk membina kemudahan pembuatan sel stem terbesar di dunia di Bukit Rengit, Lanchang, Temerloh. Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah Pahang Bioscience Sdn Bhd, anak syarikat dari Pahang Technology Resources (PTR) Sdn Bhd, sebagai rakan strategik. Pembinaan kilang akan memakan masa lebih kurang tiga tahun dan dijangka akan siap pada tahun 2011.
Dengan pembinaan kemudahan sel stem di Malaysia, kos rawatan sel stem dijangka akan menjadi lebih berdaya mampu kepada rakyat Malaysia dan rantau sekitarnya.
Peluang Yang Sangat Luas
Di bawah projek ini, Pahang Technology Resources akan memajak 81 hektar tanah kepada BCRO, dengan 12 hektar digunakan untuk penternakan arnab, dari mana sel stem akan diekstrak dan dikultur. Sel stem itu akan diusahakan bagi merawat pelbagai penyakit manusia.
Kilang BCRO kini terletak di Slovakia tetapi akan Bukit Rengit akan menjadi kilang pembuatan utamanya. Sebaik sahaja beroperasi sepenuhnya, ia dijangka menjana kira-kira RM1 bilion setahun dan menyediakan eluang pekerjaan kepada pekerja berpengalaman.
Hab Halal untuk Sel Stem
Disamping itu, Pahang Bioscience dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedang mengusahakan inisiatif penyelidikan klinikal pada “Sel Stem Prekursor Janin”. Projek ini dikenali sebagai Biocellular Research Organisation (BCRO) Stem Cells Transplantation Malaysia akan menjadi hab untuk pengeluaran sel stem prekursor janin yang berasal dari haiwan. Sel stem yang dihasilkan berasal dari sumber yang halal, lalu akan mencipta pasaran yang besar di dunia Islam.
Sel Stem dalam Rawatan Perubatan
Penyelidik perubatan menjangka sel stem akan digunakan untuk merawat kanser, diabetes Jenis 1, kecederaan saraf tunjang, kerosakan otot, keadaan kromosom tidak dapat dirawat, gangguan metabolik dan menopaus awal, antara lain-lainnya.