Skip links

PKNP sertai Selangor International Business Summit (SIBS) 2024

Bernaung di bawah Invest Pahang, PKNP turut menyertai Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula pada 25 hingga 27 Julai 2024. PKNP sebagai One Stop Agency (OSA) dalam sektor perkilangan di Negeri Pahang komited dalam membantu Negeri Pahang untuk menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara. Selain daripada mempromosikan pelaburan di negeri Pahang, PKNP turut membantu membekalkan maklumat-maklumat berkaitan kepada agensi, individu dan delegasi luar negara yang singgah di reruai PKNP.

Sebagai suatu usaha memudah cara, PKNP turut mengadakan beberapa sesi perbincangan dan mesyuarat yang telah dijadualkan diadakan di ruang mesyuarat reruai Invest Pahang. Sesi seumpama ini dapat membantu pelabur berpotensi untuk berjumpa secara terus dengan wakil dari PKNP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP dan Encik Mohd Razif bin Abdul Malek , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP turut hadir di SIBS 2024 sebagai sokongan padu kepada usaha mempromosikan pelaburan di Negeri Pahang.

Turut menjadi pempaper di reruai Invest Pahang ialah agensi badan berkanun lain seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK), Lembaga Perumahan & Hartanah Pahang (LPHP) dan Perbadanan Kemajuan Cameron Highland (PKCH). Manakala agensi dan rakan strategik lain yang turut serta ialah East Coast Economic Region Development Council (ECERDC), Antares park Development Sdn. Bhd., Tanjung Agas Industrial Area (TAIA), Tanah Makmur Berhad, Kuntan Port Consortium Sdn. Bhd., Gading Group Berhad, Amat Bayu Sdn. Bhd., Mirfalah Sdn. Bhd., dan Farm Fresh Berhad. Selain itu, anak syarikat milikan penuh PKNP iaitu PKNP Tenung Pahang Soi Sdn. Bhd. turut menyertai reruai Invest Pahang dan mempromosikan produk Tenun Pahang Diraja kepada para pengunjung.

SIBS 2024 merupakan penyertaan PKNP yang kedua setelah mendapat sambutan yang menggalakkan semasa penyertaan pada SIBS 2023 yang lalu. PKNP akan terus bekerjasama dengan seluruh agensi dan badan kerajaan di negeri Pahang bagi memastikan ekonomi Pahang kekal kukuh dan memberikan pengembangan ekonomi yang positif.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content