Skip links

PKNP Meterai Memorandum Persefahaman (Mou) dengan Nextgreen Global Berhad di SIBS 2024

Sebagai suatu usaha untuk merancakkan lagi ekonomi di negeri Pahang, PKNP telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat Nextgreen Global Berhad bagi membangunkan Taman Teknologi Hijau (Green Technology Park) di tapak seluas 1,048.159 hektar (2,590.00 ekar) di Paloh Hinai, Mukim Lepar, Daerah Pekan, Pahang Darul Makmur pada 26 Julai 2024. Projek Green Technology Park ini mensasarkan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara dengan menfokuskan pembangunan teknologi hijau di Negeri Pahang yang akan memanfaatkan penduduk setempat dan Negeri Pahang.

Majlis Menandatangani MOU tersebut telahpun disempurnakan oleh Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, diiringi oleh Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP sambil disaksikan oleh Yang Hormat Dato' Kamarul'Arifin bin Ahmad @ Abd Rahman, Pegawai Pelaburan Perniagaan Negeri Pahang, dan Yang Berhormat Tuan Ir. Razali bin Kassim, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan kesihatan Negeri Pahang. Wakil daripada syarikat Nextgreen Global Berhad pula telah dihadiri oleh Encik Onny Iriawan bin Othman, Pengarah Urusan Nextgreen Global Berhad. Sesi tersebut telah diadakan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bersempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2024. Turut hadir menyaksikan momen bermakna tersebut ialah pegawai-pegawai Pemantauan Peniagaan, Hal Ehwal Korporat dan Perindustrian.

 Also present to witness this significant moment were PKNP’s related officers from the Business Monitoring, Corporate Affairs, and Industrial Department.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
Skip to content