Mengenai Kami
Pengurusan Perkhidmatan Setempat
Pasukan Pengurusan Agensi Hentian Setempat (OSA) terdiri dari individu-individu utama dari Bahagian Perindustrian di PKNP. Pasukan Pengurusan OSA ini dianggotai oleh anggota berpengalaman untuk memastikan kesempurnaan operasi bahagian ini. Mereka mempunyai kepakaran di dalam pelbagai bidang terutamanya mengendalikan urusan dengan pihak berkuasa tempatan untuk membantu pelabur berpotensi memperolehi kelulusan yang diperlukan bagi memulakan perniagaan secepat mungkin.
Penolong Pengurus
Pn. Nur Afiqah Haballah
Pn. Nur Afiqah mengkhusus di dalam bidang komunikasi dan perhubungan awam. Beliau fokus sebagai penyelaras dengan para pelabur, agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta.
Penolong Pengurus
En. Mohd Rizal Redzuan
En. Mohd Rizal Redzuan mengkhusus di dalam bidang pemasaran, penyediaan para pelabur untuk lawatan tapak dan juga hal-hal berkaitan permohonan tanah. Beliau juga merupakan penyelaras Kompleks Makanan Halal di Taman Teknologi Gambang dan juga pakar di dalam hal-hal berkaitan.
Penolong Pengurus
En. Wan Muhammad Hanif Wan Abd Hamid
En. Wan Muhammad mengkhusus di dalam bidang pemasaran, penyediaan para pelabur untuk lawatan tapak dan juga hal-hal berkaitan permohonan tanah. Beliau juga merupakan penyelaras Kompleks Makanan Halal di Taman Teknologi Gambang dan juga pakar di dalam hal-hal berkaitan.
Pegawai Eksekutif
En. Mohd Adib Ali
En. Mohd Adib mengkhusus di dalam bidang pemasaran, penyediaan para pelabur untuk lawatan tapak dan juga hal-hal berkaitan permohonan tanah. Beliau juga merupakan seorang pakar di dalam hal-hal teknikal yang melibatkan agensi kerajaan dan syarikat persendirian.
Pegawai Eksekutif
Pn. Nurul Fatana Abdul Patah
Pn. Nurul Fatana mengkhusus di dalam pemasaran, terutamanya di dalam menyelaras aktiviti di antara agensi kerajaan dan perjanjian jual-beli.