Skip links

PKNP Sertai Konvensyen Fujian Dunia - Pameran Perdagangan Dan Forum Ekonomi 2024

Bernaung di bawah Invest Pahang, PKNP telah mengambil bahagian dalam Konvensyen Fujian Dunia - Pameran Perdagangan dan Forum Ekonomi kali ke-11 Anjuran Persekutuan Persatuan-Hokkien Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 7 hingga 9 November 2024.

Konvensyen ini mengumpulkan peserta dan pempamer dari pelbagai sektor dan negara, bertujuan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan antara Fujian, China, dan Malaysia serta dapat mewujudkan ruang penerokaan peluang-peluang baru yang berpotensi buat peserta, pempamer dan juga pengunjung.

PKNP turut memanfaatkan platform ini untuk menyampaikan maklumat berkaitan projek-projek dibawah seliaan PKNP khususnya berkaitan peluang-peluang pelaburan dalam sektor perindustrian di Negeri Pahang kepada pelabur-pelabur yang datang singgah ke ruang pameran Invest Pahang sepanjang Konvesnyen Fujian ini berlangsung.

Konvensyen Fujian Dunia 2024 ini telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Mohammad bin Sabu selaku Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil-wakil dari negara-negara ASEAN. Penyertaan Invest Pahang turut dianugerahkan dengan “Outstanding Contribution Award” oleh pihak penganjur.

Turut hadir pada perasmian tersebut adalah YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib selaku Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi & Inovasi Pahang, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar dan pegawai-pegawai Bahagian Perindustrian PKNP yang bertugas.

Penyertaan dibawah Invest Pahang juga turut dilengkapkan dengan penglibatan dari Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Pahang (BPEN), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK), University Collage of Yayasan Pahang (UCYP), Pahang Corporation Sdn. Bhd., dan Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. (KPC).

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
Skip to content