Skip links

Kawasan Perindustrian Peramu

Kawasan Perindustrian

Kawasan Perindustrian Peramu

Automotive cluster di Kawasan Perindustrian Peramu, Pekan ialah hab untuk pemasangan kenderaan serta industri-industri berkaitan seperti pembuatan komponen automotif, alat-alat ganti dan tayar.

Peramu Industrial Estate Fast Facts
Jarak Dari Bandar Terdekat
25km dari bandar Kuantan; 290km dari bandaraya Kuala Lumpur
Jumlah Kawasan Dirancang (hektar) 167.0
Jumlah Tanah Dibangunkan (hektar) 131.5
Jumlah Tanah (hektar) 35.5
Land Origin Tanah Negeri
Harga Jualan (RM per kaki persegi) RM5.00
Cukai Tanah Tahunan (RM) RM15 untuk setiap bahagian 100 meter persegi untuk 2 hektar yang pertama dan RM10 untuk setiap 100 meter persegi atau sebahagian darinya tertakluk kepada pencukaian minima sebanyak RM150 untuk setiap pemilikan
Taksiran Tahunan 7% dari harta / nilai tanah
Tempoh Pajakan 99 tahun
Jenis Industri Automotif dan Industri Berkaitan

Kemudahan dan Infrastruktur

Kawasan Perindustrian Pekan di dalam perancangan untuk menjadi lebih kompetitif dalam menarik lebih banyak pengeluar kereta dunia dengan peningkatan terancang dalam infrastruktur dan landskap serta persekitaran Pusat Pemasaran Setempat dalam 2010.

Perbadanan Multinasional

Kini, pengeluar automotif tempatan DRB-Hicom ialah pada barisan hadapan aktiviti pemasangan di dalam kawasan perindustrian ini. DRB-Hicom, teraju utama di taman automotif ini, memasang tujuan untuk memegang peranan lebih besar dalam landskap automotif tempatan sejajar dengan peningkatan kawasan perindustrian ini. Dalam jangka masa 25 tahun, DRB-Hicom dan rakan-rakan kongsinya telah melabur sejumlah RM1 bilion dan menghasilkan lebih 480,000 buah kereta di situ.

Beberapa jenama automotif antarabangsa kini beroperasi di kawasan perindustrian ini antaranya Daimler-Chrysler, KIA Motors, Mitsubishi, Isuzu, Hyundai, TATA dan Citroen.

Maklumat lanjut:
Peramu Industrial Estate Plan & Information

Pintasan ke: Kawasan Perindustrian Rompin

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
Skip to content