Infrastruktur
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
Landasan kereta api Kerteh-Kemaman-Kuantan sepanjang 77 kilometer menghubungkan Kompleks petrokimia bersepadu di Kerteh, Terengganu dengan Gebeng, Pahang dan Pelabuhan Kuantan. Landasan tersebut mampu mengangkut kargo dalam jumlah yang banyak dan pukal, menjadikannya bentuk pengangkutan yang ekonomikal, selamat, boleh diharap dan konsisten untuk pergerakan bahan mentah dan produk petrokimia yang telah siap.
Laluan ini mencerminkan komitmen kedua-dua Kerajaan Negeri (Terengganu dan Pahang) untuk menyediakan bentuk pengangkutan yang boleh diharap dan selamat untuk merangsang Pantai Timur Semenanjung Malaysia menjadi hab petrokimia Asia-Pasifik yang utama.
Pada masa ini, terdapat dua perkhidmatan kereta api pergi dan balik beroperasi setiap hari dan boleh memindahkan 80 kontena pada satu-satu masa. Selain mengangkut produk petrokimia, laluan kereta api ini juga dibuka kepada pengangkutan barangan angkut awam yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengendali utama kereta api di Semenanjung Malaysia. Laluan kereta api ini melintasi 5 daerah di Kemaman (Kerteh, Kemasik, Ulu Chukai, Binjai dan Banggul) di Terengganu dan Sungai Karang di Pahang.
Ciri-ciri laluan kereta api Kuantan–Kerteh:
-
- Trek tunggal menghubungkan kompleks penapisan minyak Petronas dan bandar yang berdekatan Kerteh, Terengganu dengan kompleks petrokimia di Gebeng dan Pelabuhan Kuantan di Kuantan, Pahang.
- 3 tempat simpanan gerabak di Kerteh, Gebeng dan Kuantan.
- 2 lokomotif.
- 50 gerabak (BCFs) dengan kapasiti 60 ton metrik setiap satu.
- 2 unit van pengawal (BGVs).