Infrastruktur
Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah
The Sultan Ahmad Shah Airport is located approximately 15 kilometres from Kuantan town. It serves two daily flights to and from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) and able to handle more than 1 million passengers annually. The airport, which was formerly known as the Padang Geroda Airport, is operated by Malaysia Airports Holdings Berhad.
Lapangan terbang itu juga digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia untuk mengendalikan pesawat MIG-29 dari pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia di Kuantan.
Selain daripada kemudahan asas, bangunan terminal Sultan Ahmad Shah mempunyai agensi pelancongan dan pengembaraan, bank, restoran, kedai cenderamata menjual kraf tangan dan batik tempatan serta kedai runcit. Selain itu, perkhidmatan teksi dan kios maklumat mengenai pusat pelancongan juga ada di dalam bangunan terminal.
Lapangan Terbang Yang Berdekatan:
-
- Lapangan Terbang Kerteh: Kerteh (KTE), 88km (55mi)
- Lapangan Terbang Sultan Mahmood: Kuala Terengganu (TGG), 179km (112mi)
Perkhidmatan dan Kemudahan
Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh lapangan terbang ini ialah perkhidmatan kargo dalam negeri, pelabuhan bebas/zon perdagangan luar negeri, membaik pulih pesawat, pengendalian mekanikal, rumah mayat, kuarantin haiwan, pegawai kesihatan, kawalan keselamatan untuk barang berharga dan pusat penghantaran ekspres.
Agen pengendali kargo: Mas Cargo
Kemudahan Penumpang
Kemudahan penumpang di lapangan terbang ini termasuklah enam meja mendaftar masuk, dua pintu, dua laluan bagasi, 260 ruang letak kenderaan, ruang menunggu VIP, pertolongan cemas dan laluan/ kemudahan orang kurang upaya.
Maklumat Lapangan Terbang
Kedudukan 03°46´31"N, Ketinggian 18m (59 kaki), Waktu operasi 06:30-20:30 ( waktu tempatan) 24 jam (RMAF) 29E, 2 Terminal penumpang, 3 hentian pesawat.
Maklumat Perhubungan:
Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah,
25150 Kuantan, Pahang
Tel: +60 (9) 531 2123
Fax: +60 (9) 538 201
Laman Web Berguna: