Skip links

Eastman Chemicals (M) Sdn Bhd

Syarikat Pilihan

Eastman Chemicals (M) Sdn Bhd

Keputusan Eastman Chemical (M) Sdn Bhd (Eastman Chemical) untuk membina loji plastik co-poliester di Kawasan Perindustrian Gebeng di Pahang, Malaysia pada tahun 1997 adalah berdasarkan kajian selama dua tahun di sebelas kawasan di empat buah negara di Asia Tenggara. Antara faktor pemilihan Kawasan Perindustrian Gebeng adalah pakej lengkap yang ditawarkan dari segi kemudahan dan prasarana, serta lokasinya yang berdekatan dengan Pelabuhan Kuantan.

Mengapa Malaysia?

Asia merupakan pasaran berpotensi yang terbesar bagi Eastman Chemical terutamanya plastik co-poliester. Produk kami dieksport ke Asia. Untuk mengeksport ke Asia kami perlu berada di Asia. Maka, di manakah tempatnya di Asia yang kami perlu cari? Tempat tersebut mestilah stabil dari segi politik, mengalu-alukan pelaburan asing, terbuka kepada syarikat antarabangsa dan yang paling penting mudah untuk mendapatkan tenaga kerja terlatih.

Mengapa memilih Pahang?

Sebab utamanya ialah ketersediaan bahan mentah yang amat penting bagi produk kami. Kawasan Perindustrian Gebeng dibangunkan dengan baik sekali kerana Pelabuhan Kuantan ada di sini (kerana 98% dari apa yang kami hasilkan dieksport dan dari semasa ke semasa kami perlu menerima penghantaran bahan mentah dari USA). Selain itu, produk-produk sampingan yang disediakan oleh pembekal kami juga adalah berdekatan. Secara ringkasnya, satu sumber bahan mentah hanyalah bersebelahan dengan kami dan satu lagi hanyalah 45 minit perjalanan.

Bagaimana Eastman Chemical memulakan operasi di Gebeng??

Eastman Chemical telah beroperasi di Kuantan selama 23 tahun. Kami bermula dengan hanya sepuluh orang pekerja di sebuah pejabat kecil di Kompleks Teruntum. Apabila Kawasan Perindustrian Gebeng memulakan pembinaannya, kami menambah 15 hingga 20 orang ekspatriat yang kebanyakannya dari USA. Ekspatriat ini berada di sini untuk melatih pekerja-pekerja tempatan seperti operator, jurutera (penyenggaraan) dan juga pengurus. Kesemua latihan dijalankan dengan menggunakan perkaedahan ‘Train-the-Trainer’ kerana Eastman Chemical ingin memindahkan teknologi kepada pekerja tempatan. Loji kami dijalankan 100% oleh pekerja Malaysia dalam masa hanya beberapa tahun penubuhannya.

Pada tahun 2012, perkembangan pelaburan syarikat diteruskan dengan berintegrasi dengan kilang Flexsys Chemicals Malaysia, yang terletak bersebelahan dengan kilang Eastman di Kawasan Perindustrian Gebeng.

Bagaimana PKNP membantu Eastman Chemical?

Pada permulaannya, PKNP bertindak sebagai agensi setempat yang menguruskan semua kertas kerja berkenaan permintaan dan permohonan sebagai contoh urusan dengan pihak berkuasa tanah, kemudahan elektrik dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), talian telefon dan faks dengan Telekom Malaysia (TM), bekalan air dan bermacam-macam-macam lagi. PKNP telah menunjukkan komitmen yang bersungguh dalam memberikan perkhidmatan profesionalnya kepada Eastman Chemical untuk mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan dalam masa yang singkat.

Dengan semua urusan kertas kerja selesai, kami boleh menumpukan perhatian terhadap perniagaan dan mencapai keberuntungan dalam enam bulan pertama selepas memulakan operasi. Rekod ini telah dijadikan sebagai model dikalangan Eastman Chemical Group untuk operasi permulaan yang lain di seluruh dunia.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
Skip to content