Skip links

Insentif untuk Sistem Bangunan Industri (IBS)

Insentif Kerajaan

Insentif untuk Sistem Bangunan Industri (IBS)

Komponen asas/keluaran dan sistem asas

Tiang, rasuk, jubin, dinding, kekuda bumbung, sistem konkrit pratuang, sistem acuan, sistem kerangka keluli, sistem blok kerja, sistem kerangka kayu dan sistem inovatif.Syarikat yang menjalankan aktiviti dalam pembuatan Sistem Bangunan Industri (IBS) layak untuk:

i. Pengecualian cukai pendapatan antara 70% - 100% daripada pendapatan berkanun selama tempoh lima tahun.

ii. Pengecualian cukai pendapatan bersamaan dengan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang ditanggung untuk tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak daripada sebanyak 70% - 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.

Permohonan hendaklah diserahkan kepada MIDA

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
Skip to content