Skip links

Bioteknologi

Peluang

Bioteknologi

Bioteknologi ialah satu bidang yang pantas berkembang yang dilihat bakal memainkan peranan penting bagi ekonomi negeri di masa hadapan. Pahang ialah sebuah pusat bioteknologi yang berpotensi dengan sumber semulajadinya yang banyak. Ia menawarkan peluang-peluang cemerlang untuk pembelajaran dan pengkatalogan pelbagai jenis flora dan fauna asli hutan-hutannya.

Industri Yang Berkembang

Globally, the biotechnology industry is worth RM204billion (US$60 billion). Pahang is well in its way to become the leader in biotechnology in the country with the development that involves the construction of buildings and biotechnology laboratories, buying equipment and providing basic infrastructure.

Kerajaan Negeri telah mengenal pasti fokus industri bioteknologi yang merangkumi agro-bioteknologi, bioteknologi penjagaan kesihatan, bioteknologi perindustrian dan industri herba.

Tenaga Kerja Tersedia

Bagi menyediakan pekerja berkemahiran untuk industri yang sedang berkembang ini, Kerajaan Negeri Pahang telah memulakan usaha-usahanya untuk membekal tenaga kerja dengan kemahiran dan pengetahuan berkaitan untuk industri bioteknologi. Pahang Skills Development Centre (PSDC), contohnya, menawarkan program intensif untuk graduan meneruskan kerjaya mereka dalam industri bioteknologi.

Menggabungkan pembelajaran bilik darjah, kerja makmal dan latihan amali industri, graduan-graduan PSDC dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan asas untuk posisi kemasukan dalam syarikat-syarikat bioteknologi atau berkaitan bioteknologi.

Sokongan Kerajaan

Pahang kini bersedia untuk membentangkan pelan tindakan biodiversiti dan bioteknologinya untuk memudahkan akses kepada kakitangan teknikal dan saintifik dalam aspek-aspek penyelidikan dan pembangunan. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk mengusahakan rancangan tindakan teratur untuk negeri itu agar cemerlang dalam industri bioteknologi.

Bagi Malaysia pula, Kerajaan telah menubuhkan Dasar Bioteknologi Negara dengan objektif untuk mencipta 280,000 pekerjaan, mewujudkan 100 syarikat-syarikat bioteknologi dan menjana pendapatan RM270 bilion menjelang 2020. Penubuhan Biotech Corporation dengan ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk membangunkan industri berasaskan agro secara lebih bertenaga dan produktif menerusi teknologi bio di dalam tiga bidang utama berikut:

    • Tanaman/ Bijih Benih,
    • Ternakan dan
    • Produk Asli

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content