Skip links

Kimia / Petrokimia

Peluang

Kimia / Petrokimia

Pahang mempunyai kemudahan petrokimia yang komprehensif di Kawasan Perindustrian Gebeng iaitu Kompleks Petrokimia Bersepadu (IPC). Kemudahan ini menumpukan kepada pengeluaran produk berasaskan propylene yang merupakan bahan asas dalam pembinaan produk kimia dan petrokimia.

Pasaran Berkembang

Malaysia pada masa ini adalah pengeksport bersih produk berasaskan kimia dan petrokimia terutamanya plastik. Produk eksport utama ialah bekas dari plastik, plat, filem, helaian, kerajang, jaluran dan barangan lain dari plastik. Destinasi utama eksport termasuklah Eropah, Republik Rakyat Cina, Hong Kong, Singapura, Jepun dan Thailand.

Kemudahan dan Infrastruktur

Kemudahan pengilangan petrokimia dan kimia yang komprehensif ini merangkumi Kawasan Perindustrian GebengMelengkapkan kawasan perindustrian yang sedang berkembang ini adalah jalan pintas Gebeng, yang telah memainkan peranan penting dalam memudahkan aliran lalu lintas antara Kawasan Perindustrian Gebeng dan Kuantan Port Consortium. The bypass links Kuala Lumpur and Kuantan directly via the East Coast Highway. This new route provides a more cost-effective, convenient means of transportation between the two destinations, enabling a more efficient transfer of freight and raw materials between the Gebeng Industrial Estate and domestic as well as international channels.

Kemudahan dan infrastrutur yang tersedia membuat Pahang tempat terbaik bagi para pelabur untuk menempatkan perniagaan petrokimia mereka. Ini termasuk:

    • Projek Penggunaan Gas Semenanjung (PGU).
    • Menyelaraskan keperluan kemudahan dengan bekalan kuasa, gas perindustrian, air dan stim.
    • Pelabuhan Kuantan dengan kemudahan, sistem saluran paip dan rak paip yang menyambung terus Gebeng ke Pelabuhan Kuantan, pelabuhan kontena dan kargo cecair, keretapi menghubungkan Kertih, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan.
    • Persekitaran Taman Teknologi menggabungkan sebuah pusat latihan, pusat pengumpulan dan memproses sisa serta kemudahan mengurus dan menyimpan bahan, kemudahan penyenggaraan dan perkhidmatan.
    • Lebuhraya Pantai Timur.

Syarikat Antarabangsa

Kehadiran syarikat-syarikat petrokimia terkemuka dunia seperti RP Chemicals (M) Sdn Bhd, BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd, Eastman Chemical (M) Sdn Bhd, Polyplastics Asia Pacific Sdn Bhd, Kaneka Malaysia Sdn Bhd, WR Grace Specialty Chemical Sdn Bhd dan Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd jelas menunjukkan potensi Pahang sebagai satu lokasi pelaburan untuk industri kimia dan petrokimia. Sebahagian besar daripada syarikat tersebut bekerjasama dengan Petronas, syarikat petroleum nasional Malaysia.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
Skip to content