Infrastruktur
Bekalan Air
Sempena menyokong keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Pahang, Jabatan Bekalan Air Pahang (JBA) merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk membekalkan air bersih yang berkualiti kepada pengguna di negeri ini. Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk perancangan, pembangunan, pengurusan air, bil dan pemungutan bayaran.
Di Pahang, punca bekalan air yang utama adalah dari sungai dan anak-anak sungai. Terdapat kira-kira 79 loji rawatan air yang terletak di pelbagai daerah di Pahang seperti Bentong, Bera, Cameron Highlands, Kuantan, Rompin, Raub, Jerantut, Lipis dan Maran. Pelabur-pelabur di Pahang tidak perlu risau kerana setiap kawasan perindustrian di Pahang pasti menerima bekalan air yang berterusan.
Kapasiti Bekalan Air di Kawasan Perindustrian:
KAWASAN PERINDUSTRIAN | SUMBER AIR | KAPASITI AIR (MLD) |
Kawasan Perindustrian Gebeng | Semambu | 145.47 |
Kawasan Perindustrian Bentong | Bentong | 45.46 |
Kawasan Perindustrian Rompin | Sepayang | 36.36 |
Kawasan Perindustrian Kechau Tui | Air Bukit Betong | 4.55 |
1 meter padu = 219.969 248 299 gallon [UK].