Pihak PKNP telah menerima sesi perkenalan bersama pelabur daripada PT. Usman Karaeng Sila Investasi, Indonesia (PT. UKSI) pada hari ini. Sesi ini juga adalah bagi membincangkan potensi-potensi serta kerjasama yang dapat dilaksanakan oleh pihak PKNP dan PT. UKSI.
Turus terlibat bersama perbincangan ini adalah wakil-wakil daripada TGA Solution Sdn. Bhd. (TGAS) selaku pemaju di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Pekan, Pahang.
Sesi ini diketuai oleh Dato' Mohd Faizal bin Jaafar Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, diikuti oleh Tuan Hj Md Daud bin Abdul Rahman Pengurus Perindustrian PKNP, Tuan Hj Mohamad Hasrizal bin Hasim Pengurus Teknik PKNP, wakil-wakil daripada TGAS, serta wakil-wakil daripada PT. UKSI melalui atas talian aplikasi Zoom.