Skip links

Kawasan Perindustrian Gebeng

Kawasan Perindustrian

Kawasan Perindustrian Gebeng

Kawasan Perindustrian Gebeng menempatkan zon industri petrokimia dan kimiabertaraf dunia. Ia terletak hanya 5 kilometer dari Pelabuhan Kuantan dengan empat fasa pembangunan yang meliputi 8,600 hektar tanah. Dengan kemudahan dan infrastruktur yang baik, Kawasan Perindustrian Gebeng sedang berkembang dengan pesat menjadikannya pusat kimia dan petrokimia yang utama di rantau ini.

Gebeng Industrial Estate Fast Facts
Jarak Dari Bandar Terdekat 25km dari bandar Kuantan; 250km dari bandaraya Kuala Lumpur
Jumlah Kawasan Dirancang (hektar) 2468.60
Jumlah Tanah Dibangunkan (hektar) 2408.08
Jumlah Tanah (hektar) 1,528.5
Land Origin Tanah Negeri
Harga Jualan (RM per kaki persegi) RM23.00 - RM25.00 (Lot Industri Kecil - Sederhana)
RM25.00 sekaki persegi (Perusahaan Kecil Sederhana - SME Lot 129 Lengkap dengan infrastruktur).
(Nota: Perubahan harga tanpa notis)
Cukai Tanah Tahunan (RM) RM15 untuk setiap bahagian 100 meter persegi untuk 2 hektar yang pertama dan RM10 untuk setiap 100 meter persegi atau sebahagian darinya tertakluk kepada pencukaian minima sebanyak RM150 untuk setiap pemilikan
Taksiran Tahunan 7% dari harta / nilai tanah
Tempoh Pajakan 99 tahun
Jenis Industri Petrokimia, Kimia dan Umum

Kemudahan dan Infrastruktur

Kawasan Perindustrian Gebeng menawarkan kemudahan pembuatan kimia dan petrokimia yang komprehensif untuk para pelabur. Jalan Pintas Gebeng yang memudahkan aliran trafik dari kawasan perindustrian ke Pelabuhan Kuantan, menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuantan melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Laluan ini menyediakan cara pengangkutan yang menyenangkan dan kos berkesan dan membolehkan pengangkutan bahan mentah lebih efisien untuk saluran tempatan dan juga antarabangsa.

Di samping itu, infrastrukturnya yang sangat baik seperti pipe rack umum yang menghubungkan loji petrokimia di Kawasan Perindustrian Gebeng dengan kemudahan ladang tangki di Pelabuhan Kuantan serta himpitan (berths) cecair kimianya. Ia memudahkan pengangkutan produk petrokimia dengan selamat dan cepat di antara kedua-dua kawasan.

Perbadanan Multinasional

Kawasan Perindustrian Gebeng merupakan pusat aktiviti komersial yang sedang berkembang maju yang menempatkan banyak syarikat multinasional di dalam sektor petrokimia. Antara syarikat-syarikat tersebut ialah BP Chemicals (M) Sdn Bhd, BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd, Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd, Flexsys Chemicals (M) Sdn Bhd, MTBE (Malaysia) Sdn Bhd dan banyak lagi.

Kemas kini terkini:

Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP): The establishment of Malaysia-China Kuantan Industrial Park located within ECER Malaysia is an efforts to further strengthening the economic and trade relations between Malaysian Government and China.

Klik untuk besarkan

Peta: Peta Kawasan Perindustrian

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
Skip to content