Baru-baru ini PKNP telah menerima satu kunjung hormat daripada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnipSAS) dimana objektif pertemuan ini adalah untuk membincangkan potensi pelaburan yang boleh diusahasamakan demi Rakyat Pahang amnya.
Dato' Mohd Faizal selaku Ketua Pegawai Eksekutif PKNP mempengerusikan sesi ini dan disertai oleh barisan pengurus serta pegawai-pegawai terlibat. Dari pihak UnipSAS pula, kunjung hormat diketuai oleh YH. Prof Madya Dato' Dr Haji Mohd Zawawi bin Zainal Abidin selaku Naib Canselor Universiti.