Skip links

Bahan Api-Bio

Peluang

Bahan Api-Bio

Bahan api-bio, walaupun masih dianggap baru di rantau ini, telah mendapat perhatian ramai. Bahan api-bio - bahan api cecair berasal dari bahan tumbuhan – sedang memasuki pasaran didorong oleh faktor-faktor seperti kenaikan harga minyak dan keperluan untuk meningkatkan jaminan tenaga.

Industri Yang Berkembang

Pahang memiliki salah satu ladang kelapa sawit terbesar di Pantai Timur berjumlah 2,416,004 tan atau 33% daripada jumlah pengeluaran minyak sawit mentah di Semenanjung Malaysia. Ini menjadikan Pahang pembekal sedia untuk bahan-bahan biomas industri bahan api-bio. Industri bahan api-bio mempunyai kelebihan dalam aspek ketersediaan minyak sawit dan kegiatan hiliran oleokimia serta bahan-bahan mentah lain untuk menghasilkan biodiesel.

Lokasi Strategik

Selain dari itu, Pelabuhan Kuantan menawarkan kemudahan infrastruktur dan penyimpanan kimia yang sangat baik yang menjadikan Pahang satu lokasi strategik untuk membina loji bahan api-bio. Beberapa pembekal kimia berkaitan bahan api bio yang berhampiran adalah seperti metanol oleh Dovechem dan Petronas. Kedua-dua Kawasan Perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan menawarkan kemudahan yang tersedia seperti kemudahan rak paip, ladang tangki, dermaga minyak sawit dan dermaga kimia cecair khas juga melengkapkan keseluruhan kemudahan untuk mempromosi pertumbuhan aktiviti bahan api-bio di negeri ini.

Sokongan Kerajaan

Persekitaran politik Malaysia yang stabil ditambah dengan pelbagai sokongan Kerajaan dalam bentuk insentif-insentif cukai dan dasar-dasar mesra perniagaan menawarkan pelabur-pelabur bahan api-bio lokasi terbaik untuk memperkembangkan perniagaan mereka. Dasar “karpet merah” dan “memimpin tangan” oleh Pahang kepada pelabur-pelabur ke negeri ini telah terbukti berjaya membuat negeri ini hab bahan api-bio utama.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content