Skip links

Kepelbagaian Bahasa

Modal Insan

Kepelbagaian Bahasa

Tenaga kerja Malaysia perlu melalui sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan sekolah (peringkat rendah dan menengah). Pada dasarnya, sistem pendidikan negara ini menguatkuasakan penggunaan dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini menjadikan rakyat Malaysia secara umumnya boleh berbahasa dalam kedua-dua bahasa tersebut.

Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan negara dan merupakan bahasa utama yang digunakan dalam sistem pendidikan dan hal-hal berkaitan Kerajaan. Ia adalah merupakan bahasa yang digunakan sebagai satu bentuk komunikasi di antara semua bangsa di negara ini.

Bahasa kedua di negara ini ialah Bahasa Inggeris yang difahami secara meluas terutamanya di bandar-bandar utama. Untuk tujuan komersil, Bahasa Inggeris biasanya adalah bahasa pilihan.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, bahasa lain juga dituturkan seperti dialek China dan India. Keunikan campuran pelbagai bahasa ini menawarkan pelabur spektrum tenaga kerja yang luas yang mana mereka tidak hanya berkemahiran dan berpengetahuan, tetapi juga mahir berkomunikasi.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content