Skip links
Infrastruktur

Bekalan Air

Sempena menyokong keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Pahang, Jabatan Bekalan Air Pahang (JBA) merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk membekalkan air bersih yang berkualiti kepada pengguna di negeri ini. Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk perancangan, pembangunan, pengurusan air, bil dan pemungutan bayaran.

Di Pahang, punca bekalan air yang utama adalah dari sungai dan anak-anak sungai. Terdapat kira-kira 79 loji rawatan air yang terletak di pelbagai daerah di Pahang seperti Bentong, Bera, Cameron Highlands, Kuantan, Rompin, Raub, Jerantut, Lipis dan Maran. Pelabur-pelabur di Pahang tidak perlu risau kerana setiap kawasan perindustrian di Pahang pasti menerima bekalan air yang berterusan.

Kapasiti Bekalan Air di Kawasan Perindustrian:

KAWASAN PERINDUSTRIAN SUMBER AIR KAPASITI AIR (MLD)
Kawasan Perindustrian Gebeng Semambu 145.47
Kawasan Perindustrian Bentong Bentong 45.46
Kawasan Perindustrian Rompin Sepayang 36.36
Kawasan Perindustrian Kechau Tui Air Bukit Betong 4.55
Nota:
Nota: Kapasiti penyimpanan air takungan empangan Chereh di Sungai Lembing boleh menyimpan sehingga 265 juta meter padu air.

1 meter padu = 219.969 248 299 gallon [UK].

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content