Skip links

Bidang dan Tahap Kepakaran

Modal Insan

Bidang dan Tahap Kepakaran

Untuk mendapat pekerja-pekerja mahir dan profesional adalah mudah kerana Malaysia menawarkan pelabur-pelabur tenaga kerja yang tekun, berdisiplin, berpendidikan dan terlatih. Para pelabur dijaminkan kualiti tenaga kerja Malaysia sebagai di antara yang terbaik di rantau ini. Menyokong kenyataan tersebut, Kerajaan Malaysia dengan giat berusaha untuk meningkatkan pembangunan sumber manusia dengan menyediakan institusi latihan awam dan swasta. Sehingga kini, terdapat 20 universiti awam dan 18 universiti swasta dan lebih daripada 500 kolej, politeknik dan institut latihan perindustrian yang menawarkan sijil, diploma, ijazah dan ijazah pasca kepada siswazah berkelayakan.

Kemahiran Khas

Untuk memenuhi keperluan dalam sektor pembuatan, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk menambah bilangan jurutera-jurutera, juruteknik-juruteknik terlatih dan kakitangan mahir yang lain lepasan dari universiti-universiti tempatan serta luar negera, kolej-kolej dan institusi latihan perindustrian dan teknik setiap tahun. Ianya dianggarkan bahawa jumlah pendaftaran dalam institusi pengajian tinggi awam akan mencapai lebih 300,000 dengan separuh daripadanya dalam bidang sains dan teknikal yang menyediakan kepada pelabur-pelabur Pahang limpahan bekalan tenaga kerja mahir.

Tenaga Kerja Profesional

Sektor swasta di Malaysia telah menyertai usaha Kerajaan untuk menjana satu kumpulan profesional dan separa profesional yang lebih besar. Oleh itu, syarikat-syarikat seperti Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad telah mengambil inisiatif dengan mendirikan institusi swasta yang menawarkan program ijazah dan diploma dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan dalam rangka untuk melengkapi keperluan negara untuk tenaga profesional yang berkemahiran dan terlatih.

Tenaga Kerja Yang Berkualiti

Dan untuk memastikan siswazah-siswazah berkualiti dalam pelbagai bidang dan sektor, Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menyelaras, menilai permintaan untuk kemahiran sedia ada dan di masa depan, mengenal pasti keperluan latihan vokasional dan perindustrian di masa depan, dan meneruskan pembangunan piawaian di bawah Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. Hari ini, terdapat lebih daripada 700 sijil piawaian diperakui termasuk lulusan sijil, diploma dan diploma lanjutan di negara ini.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content