Memulakan Perniagaan di Pahang
Melabur Di Pahang
Pahang, melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), kini bersedia menjadi agensi peneraju untuk mempromosikan perniagaan dan kegiatan pelaburan melalui usaha dan program berterusan di dalam usaha menarik pelabur dan pelaburan baru ke negeri ini. Tujuannya adalah untuk menarik pelabur dan pelaburan baru ke kawasan-kawasan yang baru berkembang di dalam negeri ini terutamanya di dalam sektor perindustrian dan perkilangan.
Objektif Pembangunan
-
- Untuk mempromosikan Pahang sebagai daya tarikan utama untuk pelaburan di Malaysia;
- Untuk memperluaskan pangkalan industri Pahang, dan kepelbagaian kegiatan industri;
- Untuk menyokong penciptaan BCIC (Bumiputra Commercial & Industrial Community);
- Untuk meningkatkan sumbangan sektor perkilangan terhadap KDNK Negara.
Strategi-Strategi
-
- Memperluaskan pangkalan industri dengan menggalakkan pertumbuhan industri besar dan menyediakan kemudahan sokongan untuk melengkapkan Perbandingan Kebaikan;
- Mengembangkan kawasan industri di bawah Koridor Pembangunan Nasional dengan memberikan penekanan kepada Pendekatan Pembangunan Kelompok;
- Menambahbaik perkhidmatan infrastruktur untuk menyokong pertumbuhan industri, dan mempergiat promosi pelaburan dan mengarahnya ke arah kumpulan sasaran dari industri besar dan meningkatkan kerjasama serantau.
Pendekatan
-
- Mempromosi Kawasan Industri dan Peluang Industri;
- Menghasilkan iklim pelaburan yang sangat baik untuk pelaburan tempatan dan asing;
- Mendorong kegiatan perniagaan kecil dan sederhana.
Perbandingan Kebaikan
-
- Ketersediaan Kawsan Industri;
- Kos Pekerja dan sumber Tenaga Kerja Terlatih kompetitif;
- Infrastruktur unggul;
- Pelbagai Insentif Kerajaan;
- Sokongan Kumpulan Berpengalaman dan Profesional.