Skip links

Panduan Perniagaan Di Pahang

Memulakan Perniagaan di Pahang

Panduan Perniagaan Di Pahang

Pendaftaran Syarikat

Di Malaysia, semua perniagaan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Agensi ini bertanggungjawab atas pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan dan menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Pemerbadanan dan pendaftaran ini adalah penting kerana kebanyakan bank memerlukan sesebuah perniagaan didaftarkan sebelum mereka membuka akaun perniagaan untuk anda.

Perniagaan boleh didaftarkan sebagai:

    • Pemilikan Tunggal: sebuah perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
    • Perkongsian: sebuah perniagaan dimiliki oleh 2 orang atau tidak lebih daripada 20 rakan kongsi.

 

Pelabur-pelabur yang merancang untuk memulakan perniagaan mereka di Pahang boleh mendapatkan maklumat lengkap akan peraturan-peraturan ini daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia..

Rujuk kepada: Jadual Pembayaran untuk Memulakan Perniagaan (PDF: 65kb)

Syarat Tanah Perindustrian

Untuk membina loji atau kilang di Pahang, pelabur perlu mengenal pasti kawasan perindustrian yang sesuai untuk menubuhkan perniagaan mereka. Oleh itu, perkara-perkara berkaitan dengan pengambilan tanah, pajakan, permit dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan tanah perlu dirujuk kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri.

Rujuk kepada: Jadual Pembayaran untuk Memulakan Perniagaan (PDF: 65kb)

Syarat Tanah Perindustrian

Untuk membina loji atau kilang di Pahang, pelabur perlu mengenal pasti kawasan perindustrian yang sesuai untuk menubuhkan perniagaan mereka. Oleh itu, perkara-perkara berkaitan dengan pengambilan tanah, pajakan, permit dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan tanah perlu dirujuk kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri..

Pelabur boleh merujuk kepada kawasan perindustrian individu untuk harga pajakan tanah. (Industrial Areas) untuk harga pajakan tanah.

Rujuk kepada: Borang Peraturan Tanah Pahang (PDF: 54kb)

Pengambilan Pekerja

Penubuhan sesebuah perniagaan memerlukan pengambilan pekerja pelbagai kemahiran, kebolehan dan latar belakang pendidikan. Pengambilan pekerja datang dengan kewajiban undang-undang dan etika. Tanggungjawab para pelabur termasuk:

    • membayar pekerja sekurang-kurangnya pada kadar gaji minima
    • memelihara persekitaran kerja yang selamat dan bebas daripada gangguan atau diskriminasi
    • menyumbang (bagi kedua-dua bahagian pekerja dan majikan) kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (KWSP) untuk faedah persaraan pekerja
    • menyumbang (bagi kedua-dua bahagian pekerja dan majikan) kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk melindungi pekerja daripada kemalangan industri


Caruman Berkanun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Caruman adalah wajib di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991.

Umur Pekerja Caruman Majikan Caruman Pekerja
55 tahun dan kurang Minima 12% daripada gaji bulanan pekerja Minima 8% daripada gaji bulanan pekerja
55 – 75 Minima 6% daripada gaji bulanan pekerja Minima 5.5% daripada gaji bulanan pekerja

Pekerja asing dan expatriat serta majikan mereka dikecualikan daripada caruman wajib. Bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk mencarum mengikut kadar berikut:

Umur Pekerja Caruman Majikan Caruman Pekerja
55 tahun dan kurang RM5.00 (US$1.39) setiap pekerja sebulan 8% daripada gaji bulanan pekerja
55 – 75 RM5.00 (US$1.39) setiap pekerja sebulan 5.5% daripada gaji bulanan pekerja

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Majikan perlu mendaftar dengan KWSP di mana-mana cawangan KWSP dengan melengkapkan borang permohonan dan menyerahkan dokumen berkaitan. Pendaftaran KWSP tidak boleh dibuat secara online tetapi borang pendaftaran (Borang KWSP 1) boleh dimuat turun di laman web KWSP.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Majikan perlu mendaftar mana-mana pekerja yang gaji bulanan adalah kurang daripada RM3,000 (US$834) dan menyumbang untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tanpa mengira status pekerjaan pekerja sama ada tetap, sementara, atau tidak rasmi.

PERKESO mentadbir dua jenis skim pelindungan sosial:

    • Skim Insurans Bencana Pekerjaan: memberl perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan
    • Skim Pencen Ilat: menyediakan perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab

 

Majikan perlu untuk daftar dengan melengkapkan borang permohonan dan menyerahkan dokumen berkaitan. Pendaftaran dengan PERKESO tidak boleh dibuat secara online tetapi borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web PERKESO.

Maklumat lanjut:
Anggaran Gaji Pekerja Pembuatan di Malaysia (PDF: 82kb)
Jadual Pembayaran untuk Memulakan Perniagaan (PDF: 65kb)

Maklumat Berkaitan dengan Panduan Perniagaan di Pahang:
Telekomunikasi
Bekalan Air
Bekalan Tenaga Elektrik
Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content