Skip links
Kunjungan SIRIM

Kunjungan Hormat dari Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad ke PKNP

13 Oktober 2022 (Khamis)

YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar selaku Ketua Pegawai Eksekutif PKNP telah menerima kunjung hormat daripada YH. Dato’ Indera Dr. Ahmad Sabirin bin Arshad, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad.

PKNP selaku Pengurusan Perkhidmatan Setempat juga mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bagi Cadangan Pembangunan di Keratong Rompin, Pahang yang memfokuskan kepada pembangunan hijau di sekitar tanah milik SIRIM Berhad (Green Technology Industries).

Kunjungan hormat julung kali ini adalah bagi membantu pihak SIRIM bagi mendapatkan ulusan-ulasan teknikal daripada agensi teknikal terlibat di Negeri Pahang bagi memastikan cadangan projek ini dapat dilaksanakan dengan baik disamping meningkatkan ekonomi Negeri Pahang sendiri.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content