Skip links

Pantai, Pulau & Tasik

Pelbagai Perkara Menarik

Pantai, Pulau & Tasik

Pahang dianugerahi dengan pantai, pulau dan tasik yang indah dan masih terpelihara yang boleh menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung.

Pantai

Pantai Pahang yang panjang terbentang dari Kuantan hingga ke Terengganu. Lautnya yang jernih sangat bersesuaian untuk aktiviti menyelam, selam skuba, berenang, berjemur, luncur air dan berlayar. Terdapat Teluk Chempedak yang teluknya sangat sesuai untuk aktiviti sukan air. Pantai Balok merupakan tarikan kepada peminat peluncur angin dan juga lokasi untuk 'International Monsoon Madness Challenge'.

Anda juga boleh menikmati pantai yang indah dan tidak terjejas di sepanjang pantai selatan negeri Pahang iaitu Pantai Lanjut dan Cherating yang mempunyai pantai berpasir keemas-emasan. Club Med Village adalah salah satu tempat kegemaran pengunjung antarabangsa dimana terdapat lagun yang sangat menarik di kawasan tersebut. Anda juga boleh melihat pemandangan yang unik di Pantai Beserah dengan menyaksikan nelayan memindahkan hasil tangkapan dari bot ke tempat pemprosesan menggunakan kerbau.

Pulau

Di seberang pantai tanah besar Pahang ialah Pulau Tioman yang terkenal di dunia. Ia menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan – daripada rangkaian resort antarabangsa hingga ke hotel butik dan juga penginapan ala-Melayu yang diusahakan secara persendirian. Tersenarai sebagai taman marin Malaysia, kejernihan laut di Pulau Tioman serta hidupan laut semula jadi menjadikan pulau ini umpama syurga bagi para penyelam.

Tasik

Tasik Bera, terletak di barat daya negeri Pahang, ialah kawasan paya air tawar yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Jika anda seorang pencinta alam atau peminat alam semula jadi, pemerhati burung atau seorang pemancing, tentunya anda akan teruja dengan kawasan tasik yang sangat indah yang bercirikan kedesaan, dengan 200 spesies burung, 50 spesies mamalia dan lebih daripada 90 spesies ikan air tawar.

Tasik Chini pula ialah tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia dan ianya terbentuk daripada 12 buah tasik. Terdapat legenda yang mengatakan bahawa seekor naga mitos tinggal di situ. Tasik tersebut juga kaya dengan pelbagai hidupan dan tumbuhan tropika yang subur.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content