Mengenai Kami
Mengenai PKNP
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ditubuhkan pada 27 Disember 1965 melalui Enakmen LKNP Bil. 12/65 dengan tanggungjawab utamanya bagi meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial negeri terutamanya di kawasan luar bandar.
Peranan dan aktiviti utama PKNP dan kumpulan adalah tertumpu kepada sektor-sektor berikut:
-
- Pembangunan Industri
- Pembangunan Hartanah
- Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru
- Pelaburan
- Pembangunan Usahawan Bumiputera
PKNP diterajui oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, manakala untuk mambantu agensi ini mencapai misi dan wawasannya adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dato’ Mohd Faizal Bin Jaafar. CEO dibantu oleh satu pasukan pengurusan terdiri daripada lelaki dan wanita yang berpengalaman dan berkelayakan penuh dedikasi dan komited untuk membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan Pahang.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan kami.