Skip links
Projek Kilang Peluru

Projek Kilang Peluru bakal Bawa Limpahan Ekonomi kepada Penduduk Lipis Pahang

Majlis Pelancaran Projek Kilang Industri Pertahanan serta Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara PKNP dan Ketech Asia Sdn. Bhd. di Kechau Tui, Lipis Pahang disempurnakan serta disaksikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Projek ini dibangunkan oleh syarikat tempatan dan dijangka mengubah landskap sosioekonomi serta membawa limpahan ekonomi khususnya kepada penduduk di daerah Lipis, Pahang.

Projek Kilang Peluru ini melibatkan anggaran pelaburan berjumlah RM 120 juta dan pembinaan fasa 1 kilang yang melibatkan bangunan utama dijangka siap pada Jun 2023. Malah, kilang ini mensasarkan 300 peluang pekerjaan awal kepada orang ramai terutama kepada masyarakat tempatan.

PKNP diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar dan Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman manakala Ketech Asia diwakili oleh Penasihat Ketech Asia, Datuk Mohd Aizuddin bin Mohamad Khairi dan Pengarah Ketech Asia, Encik Mohd Nahar bin Mohd Nasir.

Turut hadir bersama ke majlis ini adalah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1 merangkap Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Dr. Sallehuddin bin Ishak,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek dan Pengurus - Pengurus bahagian yang terlibat.

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content