Skip links
Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan

Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan diantara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Dan MHT Silica Sdn. Bhd.

Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 27 Disember 2022

Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) hari ini menandatangani perjanjian pajakan dengan syarikat MHT Silica Sdn. Bhd. (MSSB) bagi membina sebuah kilang silika di Tanjung Gelang di sini.

Pembinaan kilang di atas tapak seluas 6.70 hektar itu dijangka menelan kos antara RM50 juta hingga RM100 juta dengan nilai pelaburan awal berjumlah sehingga RM200 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek dikendalikan MSSB ini dijangka membuka peluang pekerjaan kepada hampir 1,000 penduduk tempatan.

“PKNP menandatangani perjanjian pajakan tanah seluas kira-kira 6.70 hektar dengan syarikat terbabit (MSSB) bagi tujuan itu.

“Ini adalah satu peluang perniagaan yang cukup baik dengan pulangan yang dijangkakan antara RM30 juta hingga RM50 juta sebulan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara PKNP dan MSSB di Pejabat PKNP di Kompleks Teruntum di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan MSSB, Khairil Anwar Ghazali berkata, syarikat berkenaan sudah mempunyai stok simpanan dan kilang pemprosesan pasir silika di tiga negeri iaitu Johor, Perak dan Kedah.

“Kami memilih negeri ini sebagai lokasi seterusnya kerana Pahang mempunyai sumber mineral silika yang banyak dan berkualiti tinggi menepati standard pelanggan.

“Kos pembinaan kilang dijangka akan menelan kos antara RM50 juta hingga RM100 juta dengan nilai pelaburan awal berjumlah sehingga RM200 juta.

“Pembinaan kilang itu akan dilaksanakan sebaik semua urusan dengan pihak berwajib selesai dalam tempoh enam bulan dan pembinaannya akan dibuat secara berfasa antara satu hingga dua tahun,” katanya.

Beliau berkata, pembukaan kilang itu nanti bukan sahaja akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat malah akan menarik lebih banyak pelabur asing ke negeri ini.

Dalam pada itu, Khairil Anwar berkata, syarikat berkenaan juga sudah merancang untuk melaksanakan pelan pemulihan tanah lombong selepas proses melombong berakhir.

“We have done a detailed study on the matter and we plan to implement sugarcane farming on the site of the former mine,” he said. – UTUSAN

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content