Skip links
Bermastautin Di Pahang

Pengangkutan

Rangkaian pengangkutan di Pahang adalah sangat komprehensif dengan pelbagai bentuk pengangkutan menghubungkan negeri tersebut dengan negeri-negeri lain dan juga tempat-tempat lain di seluruh dunia. Rangkaian perhubungan udara, laut dan daratnya memudahkan pelabur dan pelawat untuk bergerak dan mengangkut barangan dengan efisien.

Pahang mempunyai hubungan udara antarabangsa dan dalam negeri melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ahmad Shah yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Kuantan. Manakala, pelabuhan Kuantan menghubungkan laluan laut utama perkapalan dunia, menghubungkan benua Pasifik, Timur Jauh, Eropah dan rantau Asia. Negeri ini juga memiliki sistem pengangkutan yang efektif dan bagus yang disediakan melalui bas, teksi dan kereta api.

Pengangkutan Awam

Bas: Terminal Sentral Kuantan (TSK) yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan telah dibuka pada 1 Ogos 2013 bagi menggantikan Terminal Makmur yang dahulunya terletak di tengah pusat bandar bersebelahan dengan Stadium Darul Makmur. TSK yang lebih luas mampu menampung kapasiti 40 buah bas ekspres, 365 ruang tempat letak kereta dan 176 motosikal dalam satu masa. Ia adalah terminal pengangkutan awam yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. TSK terletak kira-kira 7km dari pusat bandar. Anda boleh mengambil teksi atau bas Rapid Kuantan untuk sampai ke TSK.

Teksi: Anda boleh mendapatkan teksi dengan mudah di mana-mana tempat di Kuantan yang boleh membawa anda ke mana sahaja walaupun ke negeri lain! Teksi berkumpul di Terminal Bas Kompleks Makmur.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu:

    • Pemandu teksi di sini tidak selalunya mengikut meter dan adalah lebih elok jika anda berbincang mengenai harga tambang sebelum menaiki teksi.
    • Tambang teksi dari lapangan terbang ke bandar Kuantan adalah lebih kurang RM20. Perjalanan dengan teksi di sekitar kawasan tersebut adalah kurang daripada RM10.


Kereta Sewa

Anda boleh menyewa kereta dari pengusaha yang terletak berdekatan dengan bandar tetapi kebanyakannya bertumpu di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. Ini adalah pilihan yang terbaik jika anda bercadang untuk berjalan di sekitar bandar Kuantan. Anda boleh membuat pilihan dari kereta kecil ke kereta yang besar dengan harga yang berpatutan.

KUMPULAN KERETA MODEL SEWA HARIAN SEWA MINGGUAN
A PROTON WIRA 1.5 (manual) RM 230 RM 1,380
B PROTON WIRA 1.5 (automatik) RM 260 RM 1,560
C PROTON PERDANA V6 2.0 (automatik) RM 330 RM 1,980
D NAZA CITRA (2.0 MPV 6-Tempat duduk) RM 330  RM 1,980
E NAZA RIA (KIA Carnival) 2,4 (MPV) RM 350 RM 2,100
F NISSAN SERENA 2.0 (MPV) RM 350 RM 2,100
G MITSUBISHI PAJERO (4 X 4) RM 350 RM 2,100
H TOYOTA CAMRY 2.0 RM 380 RM 2,480
I KIA PREGIO Mini Van 10-Tempat duduk RM 350 RM 1,980
  J FORD RANGER 4-Wheel Drive untuk Pemanduan Senggang
FORD RANGER 4-Wheel Drive untuk pemanduan bukan atas jalan dengan aksesori lengkap,win, tayar untuk pemanduan lasak dan sebagainya.
(Pakej dengan pemandu turut disediakan)
RM 350

RM 450

RM 1,980

RM 2,700


Maklumat Lesen Memandu

Jika anda memiliki lesen memandu antarabangsa, anda boleh mendapatkan lesen memandu percubaan di Malaysia dengan beberapa syarat:

  1. Pemegang lesen memandu tempatan yang sah dari negara yang mempunyai perjanjian bersaling dengan Kerajaan Malaysia. Dokumen yang diperlukan ialah:
    • Lesen memandu asing dan salinannya.
    • Lesen yang telah diterjemahkan (sekiranya lesen bukan dalam bahasa Inggeris) ke dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia oleh kedutaan yang mengeluarkan lesen atau pihak berkuasa pelesenan.
    • 1 foto berwarna (25mm x32mm).
    • Pasport antarabangsa/ dokumen perjalanan.
    • Bayaran RM60 untuk 2 tahun.
    • Borang JPJL1 yang lengkap diisi.
  2. Pemegang lesen memandu asing yang sah dari negara yang tiada perjanjian bersaling dengan kerajaan Malaysia tetapi adalah ahli/negara Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengikat kontrak Perjalanan dan Pengangkutan Bermotor, Geneva (1949 dan 1968) boleh memohon kepada Ketua Pengarah, JPJ untuk dikecualikan ujian mendapatkan lesen memandu.


Perkhidmatan Kiriman Cepat

Selain daripada pengangkutan awam, perkhidmatan kiriman cepat juga ada di Pahang untuk memudahkan urusan komunikasi perniagaan.

Kadar Perkhidmatan Kiriman Cepat

Di bawah ini ialah kadar purata untuk perkhidmatan kiriman cepat:

Destinasi
Negara
Dokumen Barang Dagangan Had
Berat
Maksima (kg)
500 gm pertama 500 gm berikutnya 500 gm pertama 500 gm berikutnya
RM US$ RM US$ RM US$ RM US$
Australia 60.00 18.11 15.00 4.53 75.00 22.63 14.00 4.22 20
German 70.00 21.12 20.00 6.04 100.00 30.18 19.00 5.73 23
Jepun 47.00 14.18 12.00 3.62 64.00 19.31 15.00 4.53 30
United Kingdom 70.00 21.12 20.00 6.04 100.00 30.18 15.00 4.53 20
USA 65.00 19.61 20.00 6.04 100.00 30.18 20.00 6.04 Tiada Had

Sumber: Pos Malaysia Berhad

Laman web ini menggunakan penjejak bagi menambahbaik pengalaman web anda.
× WhatsApp Specialist! Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday
Skip to content